al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Ulang tayang kehidupan : Semester 1
Wednesday 18 November 2015 | 19:15 | 0COMMENTS


Dengan namaNya bicara itu dimulakan, dengan namaNya kalam itu diluahkan dikongsikan agar hati itu terasa damai dan tenang. Assalamualaikum pembaca yang tegar! Sollu 'ala nabi. Pejam celik dua tiga kali dah hampir setahun dah blog ini dibiarkan ditinggalkan, sunyi tanpa suara tanpa kata yang memberi semangat. 

Sejak dua menjak ni, 
entahlah, mood menulis itu hilang. Rasa macam waktu itu sentiasa kejar aku dari belakang, 'tak sempat tak sempat!' menjeritnya waktu dengan muka yang menggerunkan! Waktu itu terasa cepat sangat berlalu, tahu je sekarang ni aku dah pun nak masuk semester 3. Well, tak sampai seminggu je lagi. Kemudian hidupku kembali seperti robot layaknya tiada hati dan perasaan, hidup diumpamakan seperti mayat hidup. Itu kata orang lah. haha. Tapi aku taknak macamtu, life still is life. Masih ada lagi bahagia yang kau cari, masih ada lagi harapan yang menanti, masih ada lagi peluang yang menemani. Cuma mungkin di setiap episod kehidupan itu akan ada berbeza kisahnya, tempatnya, perasaannya mahupun wataknya. Lakin, la budda inni bissurur! (tetapi wajiblah keatasku untuk bergembira) yelahhh siapa tahu esok bakal tiada?

"kal ho naa ho", kata dia berulang kali. Sampai aku pun hafal. luls. 
Sambil aku menulis ni, melodi piano dimainkan. perghh. Memang rasa nak keluar airmata nih. Rasa macam terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, sangat banyak. Senyum sendiri, Allahu. Rasa bahagia. Walau tidak semua hariku itu ada pelangi, namun ia cukup bagiku untuk lafazkan kata kesyukuran. It's imperfectly perfect! Alhamdulillah, nikmat mana lagi yang kau dustakan? Huihuiheii. Thanks Allah. I would climb on mountain and shout it out loud, ALHAMDULILLAH.

Benarlah kata orang, semakin kita membesar, semakin banyak yang bakal kita hadapi dan tempuhi, dan di setiap liku itu beribu hikmah yang bakal kita pelajari. Aku masih dikategorikan sebagai 'bertuah' sebab Allah masih peduli, masih lagi curahkan nikmat. Ada pun orang lain, nikmatnya terasa namun bahagianya umpama tiada. Kosong. 

Disebabkan aku lama menghilang, kali ni postnya agak luar biasa panjangnya. haha! Biarlah, sekali sekala hati itu dilayan. Kita start dari semester 1.

Semester 1.


Hmm. Quite a lot of things happened. Tapi agak nerd sebab pestime kann. Culture shock mungkin, sebab sem ni aku paling banyak main! Aku tak serius hafal, pulun pun ala kadar setakat mana yang mampu. Result lain cemerlang, tang result Quran jadi lain arah. Sedar kesilapan, jadi jangan ulang ya najwa? Okay, let the pics have the say.

lihatlah kad matrik masih kuning disitu.

Sungguh nerd, Subhanallah. Waktu ni siap2 nak pi Masjid Mustaqim dengan semangatnya yang melangit! 

cc, the place we used to hang out. Disebabkan internetnya, ia jadi pilihan utama masyarakat KUIS. 

Ohya, itu di Thaqwa. Ini pun tempat febret, alang-alang dah naik atas tu, singgahla kann.
*Tu Fatini namanya.

nampak tak, kami peminat tegar Thaqwa. haha.
Roti telur, oh itu biasa. Sebab itu ja yang mampu.


Tutup kisah Thaqwa, ohya sebelum tu lupa nak cakap, Thaqwa ni kedai mamak. hehe.

Kami akan ada kelas arab untuk 3 semester. Setiap semester akan ada assignment yang berbeza, so semester 1 kami ada pertandingan lakonan antara kelas. Plan dah superb, tapi mungkin disebabkan kekangan waktu juga kurang persediaan. Papepun, apart from that banyak juga yang kami belajar. Almuhim (yang penting) pengalaman itu.

Perbincangan awal. Tak serius lansung haha. Tapi seronok sebab semua sempoi.
Alhamdulillah, mudah nak berurusan.

Latihan lakonan. Buat di atas pentas sebab nak dapat feel tu nanti. Serius depa lawak aihh.
Pelbagai karenah.

on the actual day. Unfortunately, kami kalah. Sebab kelas lain lebih hebat lebih superb.
Tapi kami tetap bersyukur, at least kami usaha sunguh2.


Disebabkan masih noob, kami telah pun bermusafir ke negeri Melaka dengan semangatnya bagi melakukan sedikit kajian terhadap assignment 'Pengajian Malaysia'. Rajin sungguh lahaii. Tapi sekejap ja, dalam tiga hari dua malam. Sebaiklah tu hometown kakBel, our map during the journey. Kalau tak, mungkin sesat al-jalanun lah jadinya. Kami buat dokumentari terhadap ekonomi sebelum dan selepas kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka. Serius, tiga hari ni rasa nk tercabut urat. But it worth it, Alhamdulillah. Dapat full mark, hehe. Melompatlah dengan kegirangan yang amat.

Waktu kami sampai dah malam, so kami bermalam di rumah KakBel dahulu.
Langit cantik kan? Subhanallah! Lepas solat subuh tengok luar rasa macam nak menjerit sebab lawa sangat!


Bersama ibu KakBel. Okay waktu ni dah nak bertolak dah, ibu bapa KakBel dengan baiknya menghantar kami ke stesen bas.
I like the tradition house of Malacca. Sangat unik!
Satgi dah besar, den nak buat rumah gabungan moden dan tradisonal. hehe.

Sebelum ke Bandar Hilir, ayah KakBel bawa kami ke pantai.
Serius lawaaaaa!

arrived at Bandar Hilir.
Paling suka bakground nih, dinding biru yang classic. Kalau amik gambar serius jadi lawa.
acah-acah model sat.

Kucing oh kucing, kenapalah comel sangat?


ehem, saya tersempak dengan dia jejaka berbaju putih bertopi bulat.
bergetar tulang sum-sum.

Dari kiri KakBel yang jelita, Hajar yang menawan, dan saya.

tak sempat nak cruise. T^T
mampu amik gambar je, pujuk hati. huhu.

Bangunan merah, kata orang. deret ni penuh dengan jualan yang pelbagai.
Hoishh mata rambang sihh.

Tersempak dengan klon Michael Jackson, bersama dengan konco-konconya.
boleh laa pilih nak buat calon. Silakan.

Asalnya nak bergambar sekali dengan beca, juga pakcik beca,
tetapi entah kenapa gambar kami saja yang memenuhi ruang. Beca nampak suku, pakcik beca lansung ilek.
bayaran: 1 jam RM40.



Cukup pasal Melaka deh.
Okay, disebabkan banin lebih ramai, banin lebih suka berjalan dan dari permintaan ustaz Wan, kami pun bersepakat untuk mengadakan rehlah yang pertama ke Sungai Congkak.

Set barang, peralatan semua untuk BBQ.

kami yang puwe duk atas tikar potong itu potong ini,
borak itu borak ini.
(dah namanya perempuan haha) 



Huntunglah depa boleh mandi sakan. Jeles tahap gunung everest.


Disebabkan agak sukar bagi kami nak bermandi sakan macam banin, kami amik gambar jelah.
Waktu ni mata sebelah kanan bengkak, kembung bulat umpama ada gula2 dalam mata tu. So saya cover lah sikit2.
kanng kata zombie sesat pulak.


solatun jama'ah.
kami banat solat di tempat lain demi menjaga aurat kami yang mahal.
hehe


Semua dah puas, so kami bergambar dulu sebelum melangkah pulang.


ingatkan terus balik, entah kenapa boleh sesat sampai ke IOI, siap main bowling.
waktu ni saya sangat hebat melantun bola bagaikan athlete sehingga berjaya mendapatkan tempat yang pertama dari belakang. Oh tangan itu keras sangat.
Malu =,='

penghibur duka, pengubat jiwa.
Haris namanya, anak Ustaz Wan. Comel kan??
Subhanallah.


Habis rehlah, now it's almost final exam. So depa plan nak amik gambar kelas sebelum exam, almaklumlah pelajar kuis ni kalau lepas habis exam memang terus ghaibun lah. Kang ada yang menangis takde dalam gambar. 

Sementara tunggu banin set tempat, kami welfie dulu bagi tidak membuang masa.


Lagi dan lagi.
Boleh contact ya kalau nak hire model.
Muehehe.

Puas gambar muka, why not kasut?
(I love this photo so much much)

kay, ready.
Formal duluan dong. semua muka macho.

yeh, candid itu wajib.
comelnya sahabat2 ana.

Bila banin dah ilek,
sambunglah pengambaran kami yang terhenti seketika tadi.





It's Final Exam! Pulun habih laa tak cukup tidur, semua jadi zombie. Waktu ni laa semua sibuk nak buat nota, cari rujukan. Haila~ Memang aku pun tergolong, pasni kena ubah cara study, sungguh! 


Itu buku Hadis. Berapa cawan kopi pun dah tak ingat dah. Otak memang dah tepu habis.
(waktu ni tak tidur, mayat hidup jadinya)


Alhamdulillah Exam selesai, habis je last paper tu terus kitorang gerak pi Putrajaya katanya mahu sambut 'Birthday boy' juga 'Birthday girl' yakni girl tu ceq sorang ja, hm-hm. Malu sebab kena bagi ucapan. Serius, aku tak pernah sambut birthday gilang-gemilang cenggini. Papepun, Alhamdulillah, aku hargai. syukran ya ^_^

Pusing punya pusing, tak jumpa tempat yang sesuai. alang dah kat Putrajaya stop la kejap bergambar.

Eh macam sedondon pulak semua merah.



Akhirnya, sampai juga ke destinasi walau plan asalnya bukan di sini.
Tapi disebabkan semua dah kebulur, sini pun dikira sangat baik.






Bila dah kenyang, hati pun jadi senang.

Lepas makan singgah solat di Masjid Putrajaya.
Sangat cantik masjid ni, bolehlah nanti amik gambar kahwin kat sini.

Gegirl time.



Banyak dah gambar dengan budak tahfiz, sekarang tukar kos pula. Lepas je program lakonan arab tuh, aku jadi rapat ngan budak Syariah Law. Alkisahnya mereka ni ghajin sungguh berjalan, jadi aku pun kebiasaannya akan diangkut bersama. Sebab kak Hawa boleh drive, so lebih mudah. Gambar random, penat nak susun.

aisehh. Macam real.

lagi hebat!

kita pun nak juga try. haha.


itulah kami.
cuda di hadapan,
Kak hawa bertdung putih,
Kak Ashya eh alamak comelnya ><
Dikna si tinggi lampai,
then saya!


Sarapan di Haseena, another place selain Thaqwa.


Waktu ni exam dah habis, dan isu GST menjadi bualan hangat!


Ustazah Aslam, guru yang paling banyak bersabar dengan karenahku.
Selalu ustazah bercerita kongsi pengalaman sekali mencurah sedikit semangat untuk aku teruskan menghafaz.
Memang tak mudah. Tapi usahalah sampai kau mampu, sampai kau berjaya.
Waktu ni tengah buat visa.
(aku tak dibenarkan berpurdah huhu)


Buat visa? Haah, visa untuk ke Indonesia.
Post ni panjang terlebih, jadi kisah di Indonesia akan ku khabarkan kemudian, in syaa Allah. Syukran 'alaikum jamii'an kerana telah berjaya menghabiskan post kali ini. Haha. Maaf jika ada bahasa yang kurang sopan, mahupun perwatakan juga akhlak yang entahape. Till we meet again in the next post, Assalamualaikum.