al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Travelog kami : Moscow kami datang! - DAY1
Saturday 28 November 2015 | 20:40 | 0COMMENTS
Dengan namaNya bicara itu dimulakan.
Assalamualaikum dear earthlings, my very loyal buddies. Minggu lepas saya berusaha dengan sungguhnya yang amatnya untuk kehulur-kehilir mencari pensyarah2 semata nak dapatkan tanda tangan bagi kebenaran untuk perlepasan kuliah selama seminggu. Cabaran berganda apabila pensyarah semuanya saya belum kenal. haha. Baru seminggu start semester, sibuk dah nak cuti bagai. Rezeki jangan ditolak, peluang datang mungkin hanya sekali. So why not?

Sebenarnya tak plan sangat pun. Niatnya sudah ada cuma entah bila itu persoalannya. Kebetulan sebelum cuti semester abah cadangkan ke sana waktu cuti sekolah. Ingatkan abah gurau je, last2 bila abah cakap dah beli tiket baru jadi terujaa, eksaited ecetra ecetra. Hehe. 




Flight kami hari Jumaat, 27 haribulan November 2015. 
Dalam pukul 7 malam, kami pun berlepas, kami transit di Dubai dahulu kemudian dari Dubai ke Moscow. lamanyaaaa dalam flight 7 jam saya pun mengambil banyak gambar kerana al-jakunan yang sangatun. haha. Tapi gambar mungkin tidak berapa cantik sebab amik guna fon saya ja. 


Tak sampai sejam kut, atau lebih kurang sejam kemudian, kami diberi hidangan makan malam. 
Fish or chicken? 
-Fish please,
haha. Ayam itu sudah common. 

ohya, lupa nak habaq. saya tak pakai purdah ke sana. setelah krisis yang berlaku di Paris,
agak bahaya kalau saya berpurdah, biiznillah, saya buka sebentar.

ini dinner saya. yummy yummy, i love the sauce.

sebelum makan main meal, makan ni dulu dehh.

lepas makan, saya minta hot drink as in a cup of tea.
Along the pack, they gave me these cute little sachets. saya teruja sangat2 sebab ada sekali perkataan arab, and i think it is so good to learn as for the noob like me :)
ilmu itu dimana-mana, perhatilah, hadamlah.


Gula putih = sukkarun abyadh.


ohyeh, cukulat comel haha.

Waktu dalam flight, saya sempat tengok dua movie; Disney Tomorrowland, Boychoir. Dan cerita 'The Cobbler' tapi tak sempat sampai separuh pun abah suruh tidur haha. Sami'na waatho'na. Movie dua tu best, serius best. Nanti tengok ya. 

Selepas tujum jam lamanya, kami pun sampai di Dubai dalam pukul 2 pagi waktu Malaysia. Dubai lambat empat jam, so kiralah pukul berapa waktu tu, heee.

Allah, saya suka dan jadi teruja gilarr bila tengok sign2 dalam bahasa arab.
Banyak ilmu saya dapat.


aaaaaafi comel.

lepas solat isyak, ambil spot masing2 tidurlah sepuasnya. Capek sihh.

then, saya tak boleh tidur sangat. asyik terjaga ja. last2 bangun terus jalan2 sampailah azan Subuh  berkumandang di airport itu.




Alhamdulillah, untuk bekfas, Emirates bagi sekali. Setiap sorang dapat satu set, 'nikmat apa lagi yang kau dustakan?.' hihi, tujuh set of Burger King. meh makan sekali yuk.




Lepastu ada lagi dalam dua jam sebelum naik flight ke Moscow. Berkeliaranlah kami di dalam airport tu bagi membuang masa yang ada haha. Saya jalan sorang2 tengok kedai2 yang ada, kebetulan abah ada bagi sikit duit in case kalau nak guna beli pape. Jalan dalam kedai souvenir, fuhh rambang mata. Jubah, key-chain, perhiasan rumah, and all that stuff. Nak beli ke taknak, beli? Nayy or yay? Hmm. Lama jugak buat keputusan then at last tak beli pun. Rasa macam tak berbaloi sebab tak jalan sekitar Dubai, just nak beli saja2 takpelah. Nanti saya nak kumpul duit, pergi lagi Dubai, in syaa Allah.

Then pukul 9 pagi waktu Dubai kami pun berlepas. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Another five hours journey, again sempat hadam dua movie jugak haha. kali ni tak sejakun waktu flight yang awalnya hehe.





lihatlah pelbagi reaksi mereka menonton movie. Haha. Izinkan ceq letak gamba hangpa semua ya, comel belaka nihh.


at last, destination has arrived!!

Kakak sambut kami di airport 

eksaited kan muka depa?

Subhanallah, langit yang indah cukup untuk mengagungkan kebesaran Allah.


Waktu ni serius sejuk tak terkata. Saya ada sweater ni ja untuk pakai sementara nak balik apartment kakak. Suhu kat luar negatip lapan darjah celcius. Allah, kalaulah nak diikutkan hati, nak ja buat lompat bintang ka, lari keliling airport ka... tapi saya tak buat. tahu nanti diri sendiri yang malu, dah lah negara orang nih. haha. So menggigil lah saya disitu di dalam kesejukan yang amat.

Muhasabah: kalau saya pakai camni pun dah rasa nak beku, apetah lagi mereka yang tak mampu nak milik walau secebis kain bagi menutup badan. Insaflah, syukurlah.



Okay, pastu kami naik teksi untuk ke apartment kakak. Orang kat sini tak biasa cakap omputeh so kami pun angguk-geleng je lah tahunya. haha. Dah sampai tu, rasa lega sebab dalam rumah tak sejuk mana, panas dan sangat sangat selesa. Alhamdulillah, tidur dengan lenanya.

Lepas ni kemana? Nantikan post yang seterusnya, In syaa Allah.
Till here, Assalamualaikum!