al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Di sini aku mulakan langkah, moga bertambah barakah.
Tuesday 25 November 2014 | 20:52 | 0COMMENTS


Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad.

Harini dah seminggu aku bergelar mahasiswi di KUIS. Subhanallah Alhamdulillah! Serius, aku bersyukur sebenarnya. Mungkin di mata manusia aku ni macam cap ayam je kann. Sokay. Pandangan manusia tetap pelbagai, namun pandangan Allah itu jauh lebih layak untuk digapai. Kuis je punn. haaa. Aku tahu, memey Kuis je punnn. Tidak gah segah universiti lain yang jauh berbatu hebatnya. Tapi aku yakin, Allah sudah atur yang terbauik buat diri. Bak kata ostad di sini, suatu tempat itu tidak mampu nilai pada diri seseorang, yang penting kualiti padanya. Ya, kualitinya.


Siapa pelajar Kuis angkat tangan!
Yehh kita serupa Alhamdulillah. Paling aku suka tempat ni adalah suasananya yang Islamik. Walau mungkin tak seislamik di maahad aku dahulu, tapi kiranya batasan itu masih dijaga, dan Alhamdulillah inilah tempatku berdakwah dan berhijrah. Tapi jujurnya memanglah aku agak culture shock pada awalnya. Campur laki perempuan? Haa masetu mata terbeliak macam nak tergolek jatuh dahh. Siapa yang datang dari maahad gini laa. Tapi aku tak boleh lari dari dunia yang bercampur lelaki dan perempuan. Sungguh itulah hakikat kehidupan yang sebenar.

Bergantung pada diri untuk menjaga dan pelihara iman dan pendirian. Sekali iman ada di hati pi merantau kemana pun in syaa Allah tetap Allah dihati. Sebelum masuk Kuis ummiku lah yang paling risau, jauh lebih risau dari aku sendiri. Umi risau takut-takut ada kumbang yang menghinggap ingin bertumpang teduh. Sebab jujurnya tahun ni saja ujian jodoh itu banyak Allah uji. Tapi nasihat ibubapa dan ustazah tetap ku akur kerana mereka lebih banyak pengalamannya berbanding dengan diriku yang baru saja ingin belajar merangkak mengenal dunia yang sebenar.

" Tolak kalau perlu. Belajar sehabisnya jika mampu. Capai dahulu matlamat hidupmu, sebelum mampu hatimu kau serahkan pada insan bergelar lelaki. "

Seolah kata itu berbisik.
Benar, memang ada matlamat yang besar inginku capai dahulu. Tapi aku takut sebenarnya, apa sempatkah impian itu digapai erat dalam hati? Apa hidupku masih panjang berbaki atau tinggal lagi beberapa hari? Allah. Tetap itu rahsia Allah. Aku harap aku sempat, aku harap aku dapat. Allah, izinkan aku. Izinkan aku menghulur mahkota buat umi abah di SyurgaMu nanti. Jom aamiinkan ramai-ramai. Allahumma aamiin.


Selama seminggu aku di bumi Kuis ni, banyak benda yang aku pelajari, sedikit sebanyak mentarbiah diri membersihkan hati. Bila lihat diriku kembali sekali dengan pencapaian hidupku, sungguh terasa kerdil yang amat! Banyak masa terbuang begitu sahaja, tapi cukup memberi pengajaran pada diri.

Kalam yang ku sanjungi, kalam 'HARAPAN'.
Entah, macam ada magnet dengan kalam itu. Sungguh banyak kali aku jatuh dan bangun semula. Dan setiap kali aku jatuh lah harapan itu sentiasa bersinar seolah melambai bersama senyuman.

" Harapan itu sentiasa ada. Tapi harapan tanpa usaha itu sia-sia "
-alhaura.Maqsurah-
Di sini juga talian ukhwah itu semakin panjang utaiannya. All thanks to Allah for these such blessful ni'mah I've ever had, Alhamdulillah. Pelbagai jenis dan ragam manusia ku temui, berbeza hidup dan keluarganya. Banyaaak sangat mengajar diri. Mengajarku untuk kembali mengucap kata syukur setiap detik hidupku, setiap detik jantungku berdenyut. Sungguh banyak! Aku bersyukur kerana mengenali mereka. Pengalaman yang mereka lalaui jauh lebih hebat dari aku yang mungkin hanya setitik dari luasnya lautan yang terhampar.


Kalau boleh nak je aku upload semua gambar kat sini waktu minggu taaruf. Boleh in syaa Allah tiada masalah. Tunggu aku balik rumah okehh. Semua gambar ada dihantar dalam wassap, tapi alkisahnya aku tinggalkan smartfon aku kat rumah, kut la kucing aku nak guna kann? Bosan kan duduk rumah sekoq ja. Boleh men fon kalau boring dok gitu?

Sampai sini je kalam itu dicurah, mengharapkan kesihatan para pembaca agar sentiasa sihat supaya mudah diri untuk beribadat. Kalau sakit, daku ucapkan Alhamdulillah. Jangan risau sahabat, sungguh kau pun tahu sakit itu penghapus dosa. Bersyukurlah masih diberi nikmat iman dan islam untuk meniti hari-harimu sebagai muslim dan hamba di mukabumi ini.


Salam perjuangan sahabat!
Berjuanglah. Berhijrahlah. Berdakwahlah.