al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Curahan hati kering
Thursday 27 November 2014 | 00:56 | 0COMMENTS


Dengan namaNya hati mencurah kalam,
agar setiap baitnya mudah untuk difaham.

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad.

Entah kenapa, tapi soal jodoh itu sentiasa menjadi suatu isu yang besar dalam diriku walau mungkin sudah jauh ku tepis hingga jauh perginya ke Paris. Allah .. jujurnya aku sendiri lemah bila menghadapi ujianMu ini. Aku tahu jodoh itu rahsiaMu, tapi fitrahku sebagai manusia terkadang jauh terpesong dari landasan iman dek kerana dipandu hati sendiri. Kemudian barulah nak menyesal berendam airmata.

Mungkin kerana terlalu ikutkan kata hati, sampaikan benda yang buruk pun kelihatan cantik berseri walhal hakikatnya ia tak seindah rupa. Siapalah aku untuk lari dari khilaf sebagai hamba? Tapi ya aku sebagai hamba layak untuk bahgia. Dengan redhaNya mampu membahagiakan seluruh makhluk seluruh dunia, sungguh aku akan cuba untuk lalui jalan itu dengan izinNya.


Allah,
beriku bahgia,
agar mampu ku sebar ke seluruh dunia!