al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Aku kuat sebenarnya, kut?
Saturday 15 November 2014 | 09:44 | 0COMMENTS
Dengan namaNya aku mulakan kalam,
Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad.

Lama menyepi, sengaja ku biar sepi. Entah. Mungkin tiada kalam tiada idea untuk dicurah atau mungkin diri itu sendiri tenggelam dalam dunia sendiri. But I'm back with so much heart to be filled with, indeed filled with light of guidance from Allah to Allah. Haihhh. Keluh sendiri di balik senyuman tawar. Kadangtu aku sendiri keliru, macam tiada haluan, tiada harapan. Kosong.

Ini minggu yang terakhir. Sebelum aku melangkah ke alam yang lebih mencabar. Counting days and suddenly I just want it to stop, only for a while. Rasa macam terlalu cepat, atau mungkin aku sendiri yang kurang persediannya. Umi selalu mengingatkan, katanya aku dah besar. Aku bukan budak lagi yang boleh merengek menghentak kaki kalau tak dapat beli teddy bear, atau menangis bila jatuh. Baru perasan, dah lama aku meniti jalan ni. Entah waktu itu masih banyak berbaki .. atau mungkin hanya tinggal beberapa kilometer saja? Allah .. walau singkatnya masa itu tetap kesilapan yang sama berulang. Aku tak bersedia. Amal masih paras buku lali mana mungkin mampu bayar tiket syurga yang sangat mahal nilainya? Allah.

Sedarlah diri. Waktu kau dah tak panjang.

Senyuman hambar ku ukir.
Riuh suara mereka akan bertukar menjadi sepi, tinggal aku seorang diri. Kunun macam jauh beribu batu tapi hakikatnya sangat dekat boleh terbang macam superman tak payah susah susah pakai kereta. Sangat dekat, tak perlu lagi tempah flight macam dulu di kedah. Mungkin ada yang tak faham, merepek apa minah ni bebel kann. Nihh ceq nak habaq mai, ceq masuk kolej nohh. Alhamdulillah, kepadaNya jua ku panjatkan kalam syukur. Tak perlu ambil SPM memang sangat osem menjerit dalam hati.

Senyum sendiri, eheehhee. Ya Allah, banyaknya nikmat yang Kau curahkan dalam hidupku. Setelah pahit diuji, Kau hantar pula pelangi. Benarlah, segalanya terkandung seribu satu hikmah cuma diri sendiri yang tak perasan mungkin terhimpit sejuta kata keluhan, kerana ditolak dugaan.

Jalan ini .. ya jalan ini.
siapa sangka jalan ini yang membawa pelbagai kenangan dan pengalaman, sekaligus mengubah hidupku dari dunia penuh khayalan. Aku terharu jujurnya. Satu malam tak cukup berendam dalam airmata sendiri kerana terharu, biarlah begitu. Terasa hidup lebih tenang, walau mungkin hakikatnya dugaan tetap kan datang berbondong-bondong menguji keimanan. Begitulah hidup. Tiada yang senang boleh lepak buat rilek. Semuanya perlukan usaha. Tetap aku perlu ingat aku hanya hamba, memang layak diuji.

Nak dipendekkan cerita, aku masuk hari Rabu, 19 November 2014. Dari situ segalanya bakal berubah. Peluang ini datangnya tak mudah, takkan mungkin disiakan begitu saja kann? Aku dah tekad, kali ni aku nak pulun sehabisnya, fokus sedalamnya. Biar perit jalan itu Allah nak uji, aku akan cuba untuk tabah sekalipun mungkin ianya tak mudah.

Dengarkan kalamku wahai awan, kerana kini aku punyai teman, itulah ilmu sebagai peneman. I will try with all my heart, moga Allah mudahkan.

Untuk itu, hidupku bakal jadi kelam wa kabut. Jadi aku nak warning awal-awal, tulunn jangan wasap. Takut saja wasap tu bertahun tak terbalas. Kalau perlu berhubung saja guna msg stail dedulu. Hehe. Sebabnya? Haaa.. sebab nanti aku tak bawa fon. Cukup fon murah kalau baling kat anjing boleh mati. Haha. Korbankan sikit teknologi mudah ni, kerana ada benda yang jauh lebih penting yang perlu ku gapai. Sendiri faham. Mungkin boleh la nak balas, cuma tiada jaminan!

This is the chance, to rebuilt the hopes and dreams.
If you must now, I'm still waiting for you to build it with me.

Biarkan waktu itu yang menentukan. Tetap aku menanti walaupun sepi. Tapi hati itu kena kuat. Mujahadah perlu hebat. In syaa Allah. Aku tahu aku kuat, macam yang kau cakap.

Thanks for this while.
Mungkin tanpa kau aku takkan sampai ke tahap ini.

Paling aku suka,
hati aku kian sembuh. Mohon bertambah kesihatannya kelak,
Doakan aku.

MSZ ~