al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Ketukan hebat!
Saturday 18 October 2014 | 23:13 | 0COMMENTS


Bismillah,
Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad.

Ya. Hati itu diketuk lagi. Ketukan dari sahabat yang sudah lama aku kenali, seorang sahabat yang dulu pernah aku rapat suatu ketika dahulu. Namun jarak itu cuba ku jarak dan jarakkan lagi sampai tak nampak satu apa kelibat semata nak jaga hati yang suka sangat buat masalah. Mungkin 'sombong' itu perkataan yang digunakan mereka, kerana aku lansung berubah 360 darjah! Aku sedari. Aku fahami. Tak salah kalau kau panggil aku sebegitu, bagiku ianya menyenangkan lagi hati ini daripada panggilan yang entah-hape, like 'social' 'hipokrit' and so on. Itu lebih pedih. Lagi dalam lukanya. Kau pun tahu.

Tapi kali ini kau beri aku satu kejutan yang hebat, yang lansung tak pernah ku fikir apetah lagi expect it comes from you. But it's happening anyway, perlahan dihadam .. cuba untuk faham.

" Would you be my forever love? "

" Apesal kau tanya? "

" Sebab aku dah jatuh cinta kat kau. "

Urgkkk! Air liur lansung tersekat umpama paip yang disekat laluannya akibat botol yang besaq. Allahu. Ape ni? Kenapa? Mengapa? Bertubi-tubi soalan dilontar cuba untuk mengawal keadaan. Cuba untuk memahami keadaan. Terasa macam ini semua hanya khayalan bukan kenyataan. Tak .. aku tak dapat nak terima semua ini. Terlalu .. pelik. Mungkin?


Hati itu hampir saja terima akibat kata yang kasihan, cuba untuk memberi simpati. Benarlah hati perempuan itu mudah sangat cair, tapi dalam kes ini cair itu tak sesuai. Mungkin boleh nak kata hati perempuan itu lembut. Ya, lebih tepat. Mudah sangat terima walaupun hakikatnya hati itu lansung tiada persediaan yang rapi, sangat jauh dan ini bukan masanya.

" Aku dah teruk sangat. Aku nak kau bimbing aku. "

Memang ayat common. Macam drama pun ada. Tapi aku tahu. Allah nak uji aku.. kan? Mungkin waktu tu 'makhluk' itu sedang riuh bersorak, sengaja nak kacau manusia. Kebetulan, seminggu sebelumnya seorang sahabat pernah bertanya,

" Kau nak kahwin awal? "

" Soalan apa ni? Takde dalam silibus okay. "

" Tanya je. "

" Ermm. Memang, kalau boleh semua orang nak kahwin awal.. kan? Tapi aku taknak kahwin selagi Quran tu takde dalam hati aku sepenuhnya. Mungkin dalam umur 24? "

Cehh. Ayat kunun macam alim, sedangkan Allah tahu hakikat hati itu yang sebenar. Perbualan tu seolah diulang tayang dalam kepala, mungkin datangnya dari Allah agar aku lebih cermat dalam memberi jawapan yang sebenarnya mengikut panduan Islam, bukan atas dasar simpati yang mungkin hanya akan membunuh diri. Rujuk pada Allah pencipta diri, bukan pada hati yang masih jauh pada Ilahi. Aku inginkan cinta yang high class, penuh terjaga dan cukup ikhlas. Ikhlas cinta itu kerana Allah semata, kerana ingin mencapai redhaNya sahaja. Buka cinta yang biasa-biasa seperti mana yang dibuat orang ramai.

Kena pause.


Dengan izin Allah, aku mulakan kalam. Cuba untuk menolak sebaik yang mungkin, kalau boleh 'tolakan' itu hanya sekadar 'tolak' bukannya 'tolak keras' sampai tercampak jauh masuk gaung. Akibatnya? Akibat yang pelbagai mungkin boleh berlaku, dendam misalnya. Atau mungkin rasa benci lantas pelbagai fitnah dihebah satu dunia. Na'uzubillah, moga dijauhkan.

Dia ditolak, kerana itu yang terbaik buat diriku dan dirinya. Kami sama-sama masih muda, kejayaan itu masih jauh dan perlukan semangat seiring jiwa yang kental untuk menujunya. Mana boleh berperang dalam keadaan diri itu nak tumbang. Apetah lagi dalam keadaan yang sangat sikit persediaannya umpama menempuh lautan hanya menggunakan sampan. Sudah pasti tenggelam saat ombak besar hadir mahupun puting beliung yang hebat kesannya. Tak, aku masih jauh dari sedia.


Masih banyak perkara yang perlu aku uruskan, apetah lagi ilmuku yang sangat kurang. Bagaimana pula keadaanku dengan Tuhan. Allah! Terlebih jauh, memerlukan rawatan hati yang secukupnya.

Kisah ini aku kongsi bukan nak tunjuk hebat, mahupun nak tunjuk kata aku ni femes la kununnya. Adaian manusia itu berbeza-beza, aku faham dan aku mengerti. Mungkin dari kisahku ini mampu memberi sedikit manfaat kepada dirimu yang membaca, sekalipun kening berkerut mencari kefahaman, mungkin? Aku harap dirimu faham. Cukup sekadar faham dan kalau boleh, cuba bayangkan.

Cinta Allah itu hebat ujiannya, terus diuji dengan cinta manusia sebagai permulaan awal. Kalau rapuh hati itu mungkin sudah lama jatuh ditolak dunia. Hati kita tak mampu nak jadi kuat selagi hati itu tidak diikat. Ikatan yang rapi mampu tersimpul lamanya mungkin seumur hidupnya, kekal terpelihara dari bakteria yang cuba menghapus utaian talinya. Hati itu kena kuat, dan kekuatan itu tak mampu ditunggu datang begitu saja, tapi harus dibina semampu kita. Proses itu tak mudah, aku tahu. Tapi aku yakin kita mampu jika benar redha Allah itu tempat yang kita tuju.


FafirruilaAllah sahabat. Berlarilah kepada Allah. Tepis segala ujian sekuatnya, mungkin terpaksa berendam airmata. Itu permulaannya, itu bayarannya jika benar kau mahu mengejar JannahNya. Kita hanya hamba. Hidup ini sekadar melaksanakan agenda Allah, semuanya kerana Allah. In syaa Alah.

Moga kalam ini memberi cahaya pada dirimu. Moga ia juga menjadi hujahku di akhirat kelak. Allahumma Aamiin. Yang baik itu dari Allah, yang khilaf dari aku sebagai khalifah. Wallahu'alam.