al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Aku pilih jalan ini kerana Allah ~
Wednesday 15 October 2014 | 00:36 | 0COMMENTS

 

Bismillah,
Allahumma solli 'ala Muhammad ~

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Berkajang-kajang kertas mungkin tak cukup untuk ku nyatakan segala nikmat yang Allah kurniakan, Allahu Akbar. Papepun, aku bersyukur ya Allah atas segalanya! Mungkin bayaran nikmat itu memeritkan, mengundang airmata seorang mujahidah. Aku redha, jika itu yang terbaik, akan juga ku usaha membuka hati seluasnya agar mudah cahayaMu menyinggah menyerikan lagi hidupku yang masih berbaki noda jahiliyyah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

 

Aku rindu Darul Hadis! Teramat rindu. Lunakan suara akh Anas menarik qasidah menjadi suatu kerinduan dalam hati, sangat mengasyikkan namun mampu memberi kesedaran lantas mengetuk pintu hati untuk kembali kepada Khaliq, penciptaku. Aku ingat lagi waktu pertama kali aku jejak kaki di Baitul Zahrah, suasananya berbeza dengan kebiasaanku. Semuanya berjubah putih #baju rasmi sekolah# dan lengkap bertudung labuh, Jujurnya tika itu terasa kaki ini mahu melangkah pulang. Bukan kerana tak suka, namun diri ini terasa jauh dari layak untuk berhimpun bersama mereka. Masih segar lagi perasaan itu, meskipun kini aku sudah berpurdah, namun jauh di sudut hati ini, perasaan 'kerdil' itu masih ada, sentiasa.

Ya, benar ..
aku selamanya kerdil di hadapanNya. Allahumma solli 'ala Muhammad.


Rindunya teramat rindu, rindu pada Murabbi Syeikh Zainul Asri yang sentiasa menjadi penguat semangat kami, juga para muhibbin Darul Hadis. Allahu, masih terngiang suara syeikh memberi pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah juga Kitab al-Azkar. Dua kitab yang sangat aku nantikan, yang hanya ada cuma dua kali seminggu di Kompleks Tok Keling, Alor Setar. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Aku ingat lagi, tiga kali aku bercakap dengan syeikh. Mungkin ada yang pandang pelik dalam hati mengatakan 'SO?' huhuu. Biaq pi laa. Serius eksaited bila berpeluang bercakap dengan syeikh, Allahumma solli 'ala Muhammad ~ Waktu pertama kali tu masa tu dekat Baitul Sakinah, syeikh mai nak bertanya khabar dengan pelajar banat. Kebetulan aku duduk kat barisan yang paling hadapan, jadi dengan izin Allah, syeikh pun interview mek sorang nih. Syukur Alhamdulillah :)

Kali kedua pula waktu nak balik KL. Kebetulan same flight dengan syeikh. Allahu, memang tak sangka. Waktu nak beratur naik flight tu, aku dah perasan syeikh dah.. tapi waktu tu syeikh tengah borak ngan ustaz Kazim *weehee ostad ni pun ada* so tak sempat nak tegoq. Takpe mungkin takde rezeki. Then bila dah sampai KL tuu, semua orang melulu keluar tak sabar agaknya nak jumpa family or kawan jauh. Eden ni pulak memang tak suka nak berebut la kann so jadi macam perempuan melayu terakhir sikit. Aisehh. Sila gelak dua harkat ~ So aku pun sempat bertegur sapa dengan syeikh. Walaupun tak sampai dua minit mungkin.

Then lastly waktu kat Sik. Waktu ni kelas Quran tak mula lagi, tetiba syeikh mai. Tu diaa semua pakat kalut habeh, terutamanya aku. Alkisahnya sebab aku ketua asrama sudah pastilah perasaan cuak tahap gunung everest perlu ada. Tapi aku tetap steady dan cool kunun macam hebat tak takut pape. Itu kali terakhir.

Sebabnya bila cuti Raya Aidiladha .. aku memilih untuk keluar. Keluar bukan sebagai insan yang hampa penuh dukacita. Tapi aku keluar sebagai insan yang punyai 1001 misi dan visi. Aku perlukan saat ini, detik ini .. aku perlukan masa. Mungkin insan lain memandang rendah, mengatakan aku lemah, terlalu mudah diriku rebah. Benar, aku akui. Memang aku lemah tak aku nafikan. Tapi siapalah kalian untuk menghukum sedangkan satu apa tidak pernah kau cuba untuk mengerti. Tak mengapa, aku tak perlukan insan lain untuk memberi simpati, jujurnya diriku tak layak untuk dikasihani.


Ini pilihan jalanku pada awalnya, dan segala apa rintangan yang bertamu akan aku cuba hadapi dengan tenang selagi mampu selagi Allah izinkan. Pada tika ini .. aku sedar. Aku tak perlukan insan lain untuk beri kekuatan. Apa, sudah lupakah aku daripada mana kekuatan itu hadir? Atau mungkin diri itu sendiri yang tak pernah mengerti. Perlahan hati itu berbisik cuba untuk mengejutku dari mimpi semalam;

" Kekuatan itu hadir daripada Allah. Dia yang memberi kekuatan itu saat diri itu tak mampu. Daripada Dia lah segala nikmat itu muncul dan kepadaNya jualah ia harus dikembalikan. Mintalah pada Allah. Mintalah pada al-Qawiy, yang Maha Kuat agar secebis kekuatan dibekalkan bagi meniti di atas jalan seorang pejuang. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, jika benar kau mengerti.. "

Noted.
Kini aku faham. Jika aku sentiasa bergantung sepenuhnya pada manusia, hati itu sendiri akan hampa, sebab pertolongan manusia itu terhad, ada batasnya. Sedangkan jika aku bergantung sepenuhnya pada al-Khaliq, hati itu akan selamanya tenang, sekalipun ribut taufan hadir menggoncang dunia. Allahumma solli 'ala Muhammad ~


So aku dah ada plan sendiri. Disebabkan aku hidup di dunia yang punyai peraturannya yang tersendiri, aku terpaksa akur. Aku akan ambil SPM tahun depan, dengan izin Allah. Mungkin pandangan manusia berbeza, kan? Mungkin ada yang bangkang, mungkin ada juga yang menyokong memberi harapan. Aku nak masuk uni. Aku nak mengejar ilmu itu yang memerlukan SPM sebagai tiket bayaran.

Yes, I'm old already. Tapi umur itu bukan penghalang demi memburu ilmu kerana Allah. Tetap aku cuba memujuk hati, meyakinkan diri bahwa semua yang terjadi dalam hidup itu berserta dengan hikmah. Dan setiap jalan yang aku pilih itu, moga Allah berkati dan rahmati. Tapi dalam masa yang sama aku cuba juga apply kat memane kolej with hope aku diterima. Tapi yelah, the percent to be accepted very small and very very slightly. Doakan aku, moga dipermudahkan segalanya. Aku aim nak masuk KUIN kat kedah. Then, aku naaaaaaaaak sangat sambung ke Tahreem, Yaman; kota para wali. Nak pi sesangat. Moga Allah izinkan. Allahumma Aamiin ^_^

 

Whatever it is. Allah knows best.