al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Moving on with all I might , with all I shall fight.
Tuesday 5 August 2014 | 09:52 | 0COMMENTS


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Diberi peluang update blog berdebu ni. berbulan-bulan ditinggalkan camtu je. Ehehe maaf belog. Sangat sibuk sampai takde mase. Ni pun sebab cuti panjang, 2 minggu. Kebiasaannya takat 3-4 hari je. Cuti memang sikit, tapi ade hikmahnya. Tak boleh cuti lelame.. satgi habeh hafazan. Cuti ni pun hafazan dah berlubang. Hoishh. Seminggu raya sakan sekarang ni ceq kena fokus balik pada Quran.


ohyee this Friday I'll be gone to Kedah. Kena start everything balik, and you know .. I do miss Kedah. A place where I get closer to Him. A place where problems seem to be sangat kecil berbanding nikmat yang Dia bagi. Pejam celik pejam celik dah hampir 8 bulan aku kat Kedah. Macam tak percaya je aku duk joh-joh dari family camtu. Heehe I do survived! Walaupun ade masanya rasa rindu yang amat kat ummi abah, kakak, ilah, nisah, ifah, afi .. ehh semua laa. Tambahan kat sana fon tak boleh pegang sendiri, so tepaksa pedulikan perasaan tu semua, sekalipun rasa nak meletup. Tapi somehow, Allah tolong. Perasaan tu memang hadir, tapi bila dengan Quran perasaan tu dilupakan buat seketika. Then bila ralit perasaan tu mai balik. Yepp, selagi dengan Quran, diri itu jadi kuat.

Haihh. Kalau ikutkan hati, nak share semua kat blog ni. Sekalipun masalah peribadi. Tapi tapi. I know I couldn't. I just can't. Sometimes aku ada masalah nak luahkan perasaan. Bukan perasaan cintan cintun hokey, perasaan tuu. Perasaan yang mengundang 1001 masalah, terutamanya masalah hati. Bukan tak mampu, cuma aku tak biasa. Masalah tu ditelan kemudian diproses .. kemudian dengan sendirinya masalah itu dibiarkan ataupun dilupakan. Bergantung. Tak semua masalah itu mampu dilupakan macam tu saje. Ada kalanya masalah tu bersarang dalam kepala otak. Lepas tu mulalah rasa macam nak migrain. Hehh. Masalah dunia. Semuanya ada jalan penyelesaiannya. Turn back to Allah. That's all it takes, najwa.


Yepp. Kadang tu aku terlupa. Lupa yang aku hanya hamba. Sibuk aku perbaiki hati dengan insan sampaikan aku lupa nak perbaiki hatiku dengan Dia, Pencipta hati tu sendiri. Jujurnya aku cakap, sekarang ni waktu kemuncak dalam 'hijrah'ku. Gedebushhh sekaligus bergunung ujian mai datang. Kalau tak Kerana Dia mungkin sudah lama aku tercampak jauh masuk dalam gaung. Melalak sorang sorang macam orang tak betul. Dia hadirkan ujian, sebab Dia tahu aku mampu, kan? Walaupun sebenarnya aku sendiri tak yakin aku mampu. Kadang tu aku sendiri meragui kemampuanku, apatah lagi kekuatanku. Dua tiga hari yang lepas jujurnya aku rasa macam nak lari jauh-jauh tinggalkan semua orang. Biarlah aku bawa diri kununnya. Sedih .. bila aku yakin aku mampu tapi hakikat yang sebenarnya aku jauh dari mampu. So the best thing to do is to let it go, no matter how hard it takes untuk melupakan. Usaha sikit, okay? Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya, kenapa perlu takut?

 " Bila nak kejar cinta Allah, Allah akan uji dengan cinta manusia. " 

 Itu pesan kakakku. Tak ku nafikan ada benarnya, malah sangat tepat faktanya, apalagi yang aku ragukan? Sekali terjatuh dalam sarang cinta manusia, akan sukar nak merangkak keluar. Tapi itu semua tak mustahil kalau kita usaha hapuskan perasaan tu guna clorox. Susah, aku tahu. In fact benda tu la yang aku tengah hadapi sekarang. Yahh .. kena tolak ketepi perkara ni. Fokus pada yang utama itu lebih jauh berfaedah. *Senyum tanda setuju* thanks :)


 Okay okay. Kesimpulannya, aku nak move on. Bak kata orang futeh, 'move on and start a new life.'. Biar derita sekarang. Biar sakit sekarang. Biar pedih sekarang. Sebab aku tahu, kepahitan itu akan ada manisnya, mungkin aku belum 100% nampak mahupun rasa keindahan di sebalik semua ni. Tapi, aku dah dapat rasa sikit. In syaa Allah, aku yakin nanti sepenuhnya kebahagiaan tu akan memenuhi ruang hati. Jadi FULL HOUSE gituu. Then, I'm sure I'll be the most 'bahagia' creature in the world. Praise be to Allah indeed.

Untuk kaum Adam kat luar sana. Please and please. I'm begging. Do meet 'her' parents kalau hangpa dah betui betui ada hajat. Tak perlu kot nak confess kat si dia tu. Kesian dia nak uruskan perasaan tu. Ingat senang? Jujuranya idok. Hangpa laki lain, perempuan lain. Kami ada wali. So, sila dapatkan dengan cara yang terhormat.

Dari pagi edit post, malam baru post. Nampak tak kesibukan tuu?
Dan sekarang ni mata punn dah sepet. Got to sleep, sebab seharian anggota badan ni berfungsi. Kena bagi rehat jugak kan kan. Ini nikmat Allah, pinjaman Allah. And it's up to us untuk menjaganya sebaik yang mungkin, in syaa Allah. (Ya Allah, maafkan daku. Kadangtu aku sengaja tak makan. Sungguh, Engkau Maha Mengetahui.. )

I'm done. The End.
Assalamualaikum.