al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Allah pelihara dirimu, tidakkah kau perasan?
Friday 8 August 2014 | 00:34 | 0COMMENTS


Bismillah,

moga bait kalamku dibaca, difahami dunia.

Saat dunia itu berpaling sepenuhnya dariku,
saat dunia itu membenciku sepenuh hati,
saat dunia itu menunding jari padaku,
saat dunia itu menghakis seribu satu calar pada hatiku,
saat dunia itu menyakitiku perlahan namun lukanya dalam,
sangat dalam tak termampu dirawat dengan mudah.

" Ujian itu tarbiah dari Allah. Hadirnya melukakan hati, menguji kesabaran dan keimanan seorang 'mujahidah'. Ada yang mampu dihadapi dengan tenang, dan ada yang tak termampu, lantaran airmata itu terasa murah harganya, nilainya terasa tiada, mengalir dan terus mengalir bagai derasnya sungai sentiasa mengalir tiada penghujungnya. Itu ujian Allah, tanda kasihNya pada hamba. Namun, terpulang pada diri untuk menilai setiap harga 'ujian' yang hadir. Pilihlah untuk berbahgia, pilihlah untuk menjadi kuat dan tabah sekalipun dirimu tak mampu, sekalipun dirimu hampir rebah ditolak dunia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Tetaplah bersabar merangkak diatas jalanNya. Itu buktimu didalam memperjuangkan hakmu sebagai seorang hamba dan khalifah, yakinlah Allah akan balas usahamu setimpal dengan amalmu. Itu janji Allah. "
Alhaura.Maqsurah

Aku sedar semua ini bakal menjadi hujahku di akhirat kelak. Ini bukti perjuanganku sebagai seorang mujahidah, demi menempah syurga Allah yang sangat mahal nilainya. Ya Allah, sungguh! Engkau Maha Mendengar, Engkau Maha Melihat, Engkau Maha Mengetahui! Sekalipun semua manusia berpaling dariku, meninggalkanku seorang diri, lemah tanpa semangat. Segalanya hilang, lenyap. Aku tahu Engkau tahu. Maka mudahkanlah ia, jangan Kau sukarkan.


Semua terjadi ada hikmahnya, bukan?
Dia datang membawa harapan, aku terima dengan hati yang mengharap. Namun takdir Allah menetapkan, dia pergi meninggalkanku dalam keadaan aku tergapai-gapai. Dalam keadaan aku sendiri keliru, hatiku haru tiada tuju. Itulah padahnya apabila mengharap pada cinta manusia, cinta yang sering berubah-ubah, cinta yang terasa indahnya namun pahit pada hakikatnya. Kali ini hatiku benar-benar dicucuk duri tajam cinta manusia. Kini hati itu luka berdarah, namun tiada siapa yang endah sekalipun pemilik diri yang mula-mula menghulurkan hatinya.

Salah aku, memilih jalan dunia sedangkan jalan akhirat terhampar jelas di hadapanku. Sekarang ni bila dah jadi macam ni, baru terasa pahitnya jalan itu. Tapi apakan daya, itu pilihan aku pada awalnya, sendiri tanggung akibatnya tak perlu menyalahkan sesiapa. Terpulang pada diri untuk menjadi bahgia ataupun derita selamanya.

Aku dah tekad. Setekad dirimu yang memilih untuk berpisah dan memasang baru. Aku pun layak untuk bahgia, semua orang itu layak. kan? Aku nak perbaiki hidupku agar pengakhirannya menyenangkan, agar pengakhirannya membawa manfaat padaku dan keluarga saat diri itu menghadap Pencipta, Allahu Rabb.


Papepun, aku bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang memahami saat manusia lain lari jauh dari diri. All praises to Allah, indeed. Pesanan yang banyak aku dapat, nasihat yang membangunkan, kalam yang menghidupkan hati sekalipun ia hampir pada mati. Yang paling terkesan kat hati ni bila kakakku mengingatkan;

" Ati, patutnya ati bersyukur sebab Allah masih pelihara ati. Allah tahu ini yang terbaik sebab tu Allah hadirkan ujian ni. Allah tahu dia bukan untuk ati, because you deserve someone better. Sekurangnya ati dah sedar awal daripada ati menyesal pada akhirnya. Allah nak pelihara ati dari cinta manusia yang menyakitkan. Sekarang ni .. kembali pada Allah. Penuhkan hati dengan cinta Allah daripada cinta manusia. Itu cabaran yang perlu diambil sebagai seorang da'ie.. "

Hati itu tersentap. Sangat.
Namun aku tahu pada kebenaran setiap kalam yang dilafaz. Aku tak buta, masih boleh nampak dengan jelas tapi kenapa pilih untuk derita? Tepuk dada tanya imanmu wahai dai'e.


Ini jalanku,
ini hidupku.

Mungkin kau tak tahu,
kau tak pernah mengerti.

Pergilah kau jauh dari diri,
lenyaplah kau dari memori.

Terima kasih kerana pernah memberiku pelangi,
hakikatnya pelangi itu tak kekal,
ia hilang di balik awan yang tebal.

Itu hakikat kehidupan,
tak semua yang 'bahgia' itu kekal sifatnya,
ada kalanya ia perlu hilang, lenyap dari hidup,
supaya kita sedar hidup bukan sekadar untuk bergembira,
sedarlah dari tidurmu yang lena.

Ada masa sedih itu perlu,
kecewa itu perlu,
sekalipun terasa tak mampu.

Itu bayaran yang ditetapkan,
jika benar syurga itu yang kau inginkan.

Langkah ke depan dengan hati yang terbuka,
kerana Allah akan sentiasa bersama.

Alhaura.Maqsurah
(Bidadari yang terpelihara)