al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Mulakan langkah dengan bismillah.
Sunday 29 December 2013 | 00:58 | 0COMMENTS


Dengan namaNya bicara itu dimulakan. Bicara itu diluahkan. Berkata tanpa henti. Bersyukur itu mesti!

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang hebat! Alhamdulillah, I've arrived in Malaysia safely. Terima kasih kepada Dia, yang telah permudahkan segala macam urusan. The last seven days in Australia was hectic and filled with exhaust, sangat-sangat. Setiap pagi bila bangun, terus terbayang kotak-kotak kat bilik solat yang perlu diisi, yang perlu diselotep dan dilabel, dan segala benda yang perlu diuruskan sebelum balik. Allahu. But come to think again, patutnya diri itu perlu..  malah harus sangat-sangat untuk bersyukur. Sebab .. tak semua orang diberi kemampuan fizikal untuk melakukan aktiviti sebagai manusia yang normal. Teringat pula Nick Vujicic, a very inspiring person. Walau tiada tangan mahupun kaki, namun semangatnya kuat untuk meneruskan perjuangan menggapai impian. Walau dunia berkata 'menyerah' namun harapan sentiasa menyinar, mengatasi kelemahan diri, melebihi keupayaan diri. Harapan itu sentiasa ada, namun harapan tanpa percaya itu hanya sia-sia.

Masa berlari tersangat laju, meninggalkan diri terkapai-kapai dalam mimpi. Sedar tak sedar, umur pun semakin lanjut. Hampir melangkah ke alam dewasa, dimana tanggungjawab itu semakin bertambah. Paling ditakuti, tanggungjawab dakwah itu semakin besar. Najwa yakin semua orang mampu berdakwah, yang menjadi perbezaan hanyalah keupayaan dan semangat seseorang. Yakin pada Allah, najwa. Do your best, let Allah do the rest. Jangan menghukum, namun lihatlah dari kaca mata sebagai hamba dan khalifahNya. Ambil yang baik sebanyak yang mampu, buang yang buruk bila diri itu perlu. Kita mampu. In syaa Allah.

So, dijadikan cerita, sebelum balik Malaysia haritu perasaan sedih semakin terasa. Kejap senyum kejap menangis. Nak kata tak betul pun boleh, memang cukup kriteria. Adik-adik pun selalu mengadu rasa tak yakin nak hadapi sekolah di Malaysia, takut, cuak .. semua laa. Eden pun takut jugak, segalanya baru bagi diri, tapi kerana Allah, terkadang tu diri tu terpaksa menjadi kuat, walau lemah macam mane sekalipun. Tetap, Allah itu sebaik-baik Perancang, Allah sudah bagi yang terbaik! Terpulang pada diri untuk menilainya. Qawi lillahi ta'ala.


Sebabkan kami semua terdiri daripada kaum Hawa, sensitip itu memang selalu ada. Sentimental sangat. Sanggup hiraukan 'penat-lelah' mengemas semata nak visit tempat-tempat yang pernah tercatat memori. Ehh awat baku sangat? Haha. Dah separuh taip baru perasan ayat semua baku habis. Mohon jangan gelak. Mungkin harini mood baku tetiba sesat dalam diri kejap, satgi hilang laa tuh. Okay, memang rasa nak tergelak. So bolehlah gelak kejap, hilangkan rasa bosan bila baca. Mohonnn ~

Memang semangat okay, sampai full memory gituu. Tapi still rase macam tak puas, rase macam takmau tinggalkan tempat tu, macam magnet pulak, semakin ditolak, semakin kuat tarikannya. But I have to bear in mind, that this is all part of growing up. Kann?

STOP. 

PAUSED.

I've just realize that everything I had someday gonna be gone, no matter how much I try to keep it safe. Umpama sebuah perjalanan yang jauh, tak semua benda yang boleh dibawa bersama, semakin jauh kita pergi, semakin banyak benda yang harus ditiggalkan. Satu demi satu. Seorang demi seorang. Kadangtu ia datang dalam hidup, tak bererti ia kekal dalam hidup. Sifatnya hanya sementara, namun kesannya mungkin selamanya. Learn to let go but never forget, take some and throw some. Barulah seimbang. Itu kehidupan yang harus dipelajari, belajar untuk bersyukur sebelum kita berdoa meminta kebahgiaan. Bak kata orang omputih, 'grateful is the key of happiness'.

Now I'm glad. Sebab sebenarnya Allah dah bagi banyak nikmat. Sometimes I was blindfolded. Tak nampak, kabur, tak jelas. Well, it cannot be seen but has to be felt with your heart. Now I'm happy to say, I'm going to Kedah soon. Sangat-sangat happy, kalau ade trampoline mau berlubang dah sebab terlebih lompat. In syaa Allah, moga Allah permudahkan segala urusan! Doakan najwa, doakan doakan! Abah pernah pesan, jalan yang bakal diambil ini tak mudah, tapi jangan pernah mengalah. Yakin pada diri, yakin pada Allah. Walaupun insan yang lain meraguimu, namun Allah sentiasa ada bersamamu, Dia pilih jalan ini untuk diri, sebab Dia tahu kemampuan pada diri. 

In syaa Allah.

Moga perjalanan ini diredhai.
Moga ia diberkati.

Allahumma Aamiin.