al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Happy Eid Mubarak; Alhamdulillah
Thursday 17 October 2013 | 02:38 | 0COMMENTS

Salam Aidiladha semua! (belated wish dakpe kann. hee)
Subhanallah. Alhamdulillah.
Berpeluang jugak kita merasa raya kan kan. Indeed, all praise is due to Allah, datang dan kembali kita padaNya, tak kira bila dan dimana.

Okay, dah tiga tahun berderet.
Tiga tahun raya Aidiladha kat negara orang. Kalau kat Malaysia mesti meriah kan? Dengan takbir yang berkumandang dari surau-surau, budak-budak yang eksaited terlebih gula, ibu-ibu yang sibuk memasak kat dapur .. Waaahhh memang osemm, Subhanallah. Missed the old times badly and truly. Huhu

Entahh macam mane kann,
I forgot how it was kalau raye. Hehe. Lupa suasana raye macam mane. Sounds like I'm exaggerating kann tapi that's how I feel. errr macam mana boleh lupa pun ceq tatau. Papepun I'm glad to be able to meet this special day, Alhamdulillah.

Walau rindu itu tebal sekaki, but somehow I'm glad. Rase bersyukur dalam hati walaupun terkadang rase nak menangis tak cukup tanah. Sejauh mana pun seseorang tercampak jauh, suasana dan rindu pada negara sendiri tetap ada, no matter what. Bak kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri? Gituu? Yepp, saya masih orang melayu deyy.

Alhamdulillah,
walaupun najwa tak dapat dengar takbir melayu yang super syahdu, Allah gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik! Heeee. Tau dok, najwa solat hari raya dekat tengah-tengah padang! Eksaited sangat Alhamdulillah. Kat situ polis semua keliling kitorang, siap ade kamera bagai. Taktahula depa buat ape ngan kamera tuhh, rakam masuk dokumentari mungkin? Haha. Hokey perasan terlebih cuka sangat masaam. Memang seronok laa. Kat padang tuu, umat Islam disatukan. Tak kira siapa, tak kira warna, tak kira bangsa .. semua bergabung menyambut seruan Ilahi. Subhanallah. Yepp, it was amazing indeed. Subhanallah!


 Ohh ye gambar kat atas tu gambar from Moscow, Russia. Tempat kakak najwa study. Heee. Penuh kann? Rase amazed sesangat, and ofkos polis duk berderet jage kat belakang tuu. Tapi kalau kat Australia takdela sampai macam tu sekali. Hehe. Polis dia duk joh joh camtuu.











Usai solat raye, dengar khutbah sat. Polis kat situ ade buat booth, bagi freebies kat orang yang datang. One of them was bookmark ade tulis 'Happy Eid Mubarak'. Heee. Baguihnyaa.


Lepas solat raye ade makan-makan kat Synergy Park. Mengisi perut yang kusung yang hampir pecah meletup dek kerana angin yang memenuhi. Cehh ayat, kemain haa. Tapi tak meletup punn, cuma perut tu ikut bertakbir sekali. Medayu-dayu, memang terbaik! 

Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ni, ostad Sufian selitkan sedikit tazkirah. 
Kat taman pun boleh, Subhanallah. Bulatan gembira itu tak kira dimana, tak kira siapa, tujuan utama untuk mencapai redhaNya, In syaa Allah. Kalau tiap hari cenggini kan best. 



Hokey, terlebih panjang pula post kali ni. 
Papepun, raya kali ni mungkin raya yang terakhir dan raya yang paling bermakna di bumi Perth. Seriusly rase berat hati nak tinggalkan Perth walaupun hati dah meraung nak balik Malaysia. Both countries are the best. Ramai yang sangka najwa suka duduk Australia instead of Malaysia. Ermm. Caner nak terangkan ea? Najwa suka dua-dua. Kalau ade pintu sesuka hati mau je najwa pindah randah seminggu sekali. Waahh memang osemm laa kann.

Australia tempat najwa mulanya berhijrah, temapat najwa kenal apa itu ujian, apa itu nikmat. Tempat najwa belajar menjadi Muslim walau dimana najwa berada. It's Simple. When I go back to my country, I see Muslims but when I come to Australia I see Islam. Faham kann? I hope you do :D

Whatever it is, Allah knows best.

Till here,
Assalamualaikum. May Allah bless!