al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Melihat dengan hati, ikhlas kerana Ilahi. In syaa Allah :)
Monday 2 September 2013 | 05:16 | 2COMMENTS


In the name of Allah, I start my word. Moga segala apa yang dicurahkan mampu membawa manfaat, In syaa Allah, Aamiin.

Melihat. Mencari. Memerhati.
Itu adalah tiga perkara yang najwa rasa penting sesangat. Keperluan in looking out for goods in people. Subhanallah, untungnya mereka yang ada sifat macam tuu, sifat yang sentiasa mencari kebaikan dalam diri seseorang tak kira siapa dan dimana dia berada. Teringin kann. Alangkah indah kalau kita pun ada sifat yang macam tu. Well, who says we can't? Jom, start with the first step! Take a deep breath, dan mulakan langkah! In syaa Allah, segala yang baik itu akan dipermudahkan Allah.

Setiap manusia itu sukakan kebaikan dan kecantikan. Itu lumrah manusia. Tak kiralah siapa pun, orang yang masuk lokap ke, gangster kampung ke, again .. mereka tu semua hamba. Kita semua hamba. Allah hadirkan perasaan suka terhadap kebaikan itu sebab Allah sendiri pun sukakan kecantikan. kan kan? Tipu laa kalau cakap tak suka. Nampak no menipunyer.


Tapi tak semua orang suka tunjuk kebaikan yang ada dalam dirinya. Sebagai contoh, seorang yang suka buat masalah kat sekolah, mungkin jarang kan kita tengok dia buat baik? One thing mungkin sebab ego. Or dia rasa malu nak tunjuk sebab that's just not their personalities. Tapi Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa husnul dzon, ye dok? So, tak kira siapa pun orang tu, kita sebagai Muslim gotta think positive in them. In syaa Allah.

Najwa dulu pun susah jugak nak sentiasa berfikiran baik kat orang. Manusia kann. Sealim mana pun dia, pasti ada khilaf dalam diri. So, nak dijadikan cerita.. haritu najwa pergi library, duk tengok memane movie or drama yang best, hehe. Menjadi suri rumah ni terkadang rase sunyi kut. Pastu ternampak satu CD ni tajuk dia 'Fruit Basket'. Ohyee, ini cerita anime. Wah wah. macam menarik gituu so najwa pun pinjam CD tuu.

From this drama, I've learnt a lot. Banyak sesangat. Pandai orang tu buat cerita. So, kalau sempat tengok, tengok la ye. Ade lima CD. hehe. Banyak laa jugak kann kalau nak habiskan sekaligus. Tapi boleh tengok sikit-sikit. Macam najwa, najwa tengok satu CD dalam sehari. In syaa Allah, moga ada manfaat pada diri, bukan setakat menghiburkan diri.


Manusia itu lemah, senantiasa lemah. And everyone knows untuk berubah itu tidak mudah. Sebab itu Allah hadirkan insan-insan dalam hidup kita. Allah hantar mereka-mereka yang mulia dan baik hati budinya, supaya bila kita jatuh, kelak akan ade yang menghulur, dan bila kita lupa, akan ada yang mengingatkan. Amar makruf nahi mungkar, kan? Ohyee, dalam kesempatan ni jugak, i wanna thanks to the people in my life. Secara sedar mahupun tak, you guys made me strong. Thanks for the unlimited helps yang telah dicurahkan! And indeed, may Allah gives you unlimited bless till the day we meet the Creator, Allahu Rabb.

hahh, banyak cakap betul. back to the topic.
The question is; 'how?' Bagaimana caranya memulakan langkah? In syaa Allah, meh kita kongsi.

1. Menghargai mereka tak kira kecil/besar pertolongan mereka kat kita.
As easy as saying thank you is good enough. Hati mane yang tak tersentuh walaupun hanya sekadar dua perkataan yang diucap? Yepp, for me it's more than enough. Amalkan sesame in syaa Allah, tak kira kepada siapa mahupun dimana kita berada. Cakap kat budak umur 3 tahun pun boleh. Subhanallah. And never forget to thank to Allah, the most gratitude that should be given. Say it everyday everytime everywhere every second every minute every hour. Reason? Trust me, dengan izinNya dirimu juga turur dihargai oleh manusia sekelilingmu. We get what we gives, kan kan. ^^

2. Praise them like how we wanted to be praised. (yang ni best! haha)
Manusia itu sukakan pujian. Tapi awas! Pujian yang berlebihan mampu membawa padah. Hehe. Puji tu tak semestinya pada rupa paras seseorang, boleh jugak pada sikap dan perbuatan dia yang kita kagumi.

contoh;
'' Subhanallah, rajinnya awak study, eii jelesnyaa. In syaa Allah mesti awak dapat result yang bagus!''
'' wah wah, baiknya awak tolong kemaskan bilik saye, may Allah bless!''
'' Alhamdulillah, mesti sejuk perut mak awak mengandungkan awak, dapat anak yang solehah macam awak.''

and so on. It can be anything. Tapi, jangan lupa selitkan namaNya di dalam pujian itu, supaya kita beringat bahwa segala pujian itu datang daripadaNya maka kepadaNya juga ia harus dikembalikan. Sungguh, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!


Untuk berubah, seseorang itu memerlukan sokongan dan bimbingan dari insan sekelilingnya. Dengan memuji usahanya untuk berubah juga sebenarnya memberi 1001 kekuatan dalam dirinya untuk terus melangkah, berjuang dan terus berjuang tanpa pernah rasa jemu. Kenapa ya? Sebab dirinya tahu, insan seperti awak akan sentiasa ada bersamanya. Insan yang terpilih dari berjuta manusia banyaknya, insan yang dipilih Allah untuknya demi mendapat redhaNya dalam hidup.

Indah kan? Indah lagi jika sifat itu terbentuk dalam diri semua manusia di muka bumi ini, barulah dunia ni aman! Tapi, sebelum kita dapat mengubah dunia, mulakan dulu dengan diri. itulah sebaik-baik perubahan yang mampu diperjuangkan untuk Islam. In syaa Allah!

Banyak sangat bebel, again, moga bebelan ini memberi manfaat kepada anda yang membaca. May Allah bless.