al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
In the end, everything belongs to Allah
Monday 6 May 2013 | 09:16 | 1COMMENTS


Bismillah, Assalamualaikum.
lama juga tak berupdate blog ni, memang dah berkarat. Jadi hari ini, dengan izin Allah satu post diupdate meluahkan 1001 perasaan, kisah, cerita dan pengalaman.

sebelum tu, najwa rasa bersyukur sebab masih lagi mampu berdiri dengan teguh di atas jalan Allah, walau terkadang diri hampir jatuh tersungkur, hampir lenyap dalam dunia fantasi. Alhamdulillah! syukur syukur ya Allah, terima kasih sebab bagi najwa peluang. Ye, harini dah genap hampir 7 bulan najwa bertudung labuh di negara barat ini. Bukannya on-off macam dulu, in syaa Allah kali ini najwa akan istiqamah hingga saat najwa bertemu Dia, Allahumma amiin.

macam orang selalu cakap, " berubah itu tak mudah ". memang najwa akui, berubah itu memang susah, memerlukan 1001 pengorbanan dan usaha yang kuat. Sebab bila-bila masa sahaja hidayah tu Allah boleh tarik balik, kerana sesungguhnya hati itu Allah yang pegang. Dialah yang berkuasa membolak-balikkan hati. dan kepadaNya jualah kita sentiasa mengharap. In syaa Allah. Hmm.. berubah itu .. sebenarnya senang, cuma nak istiqamah itu yang susah. kan kan?

Bila bertudung labuh di negara orang ni, banyak dugaan yang bertandang. Macam virus, semua takut nak dekat. Awak, najwa takde sembunyi bom, mahupun pistol dalam tudung najwa ni. tapi.. najwa tahu, dengan cara itu najwa lebih terjaga, pakaian itu melindungi ~

memang, kadang tu rasa sedih juga bila ada mata yang memandang. Feel like an outcast, like fish out of water. tapi, najwa tahu, bila bertudung labuh ni juga sebenarnya kita tengah berdakwah. Berdakwah mengajak mereka yang bukan beragama Islam mengenali agama Allah. Melihat keindahan Islam yang sebenarnya, In syaa Allah..


najwa asek mengomel sana sini, sampailah suatu hari tu, najwa ternampak seorang makcik ni yang lengkap berjubah dan bertudung labuh, labuh melebihi lututnya. Then .. najwa baru sedar. Makcik tu cool je. Senyum di bibirnya tak pernah lekang. Sungguh, diri ini rasa kagum! mungkin, kita rasa diri kitalah yang paling banyak terima musibah ... sampaikan kita terlupa betapa banyaknya insan-insan di luar sana yang jauh lebih sukar hidupnya berbanding kita. siapalah kita untuk menilai kann? Sesungguhnya musibah itu adalah tarbiah dari Allah, tiket untuk menempah syurgaNya yang mahal. Astaghfirullah. Too much whining, but too little gratitude. jomlah kita muhasabah sama-sama.


masalah najwa tak sebesar masalah saudara Islam najwa yang kat sana, yang tiap-tiap hari nak menghadap tentera kafir, bom yang meletup tak tentu masa, hmm.. masalah mereka jauh lebih hebat kan? Apatah lagi dugaan Kekasih Allah.. terlalu perit dugaannya tak mampu diungkap melalui perkataan, tetapi jauh terkesan dalam qalbi.. Ya Allah, izinkan najwa menjadi ummatnya yang berani, tabah, kuat dan cekal.

without the obstacles, I may not be the person I am now. Indeed, Allah knows best.
so .. I drew this picture. Mungkin, lebih semangat nak berubah, berubah dan terus berubah kepada yang lebih baik. Ubah sikit-sikit dulu, tapi istiqamah. jangan ubah sekali banyak tapi berhenti di pertengahan jalan. In syaa Allah, Allah akan tolong hambaNya yang mahu berubah. Senyumlah tatkala ujian bertamu, kerana tak semua orang mampu tersenyum tatkala diri diuji, kerana mereka yang tersenyum itu adalah orang-orang yang tabah, punyai iman di dalam hati, Subhanallah. moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, Allahumma amiin.


In syaa Allah, may Allah ease everything. Doa sahabat teramatlah diperlukan dalam waktu-waktu macam ni. no matterr how hard it is, I know that Allah's with me ..