al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Puasa itu indah ~ Dhuha itu mudah
Thursday 4 April 2013 | 18:38 | 0COMMENTS

Bismillah, Assalamulaikum.
yeyy, sekarang kita cakap pasal puasa ye memandangkan lagi berapa bulan je lagi nak Ramadhan, in syaa Allah moga topik yang dipilih ni bermanfaat untuk dikongsi. Ya Allah, permudahkan bagiku untuk menutur bicara, Rabbi yassir wala tu'assir.

najwa ada kawan tauu, seorang yang hebat dari segi akhlaknya juga ilmu agamanya, Subhanallah, teramat kagum dengan ciptaan Allah ni. Walaupun tidak sempurna sebagai seorang manusia biasa, tapi mungkin sempurna dan indah di pandangan Allah, benarlah, manusia itu akan jatuh cinta dengan kebaikan walau apa cara sekalipun! Masya-Allah.

kawan najwa ni bukan sahaja hebat dengan ilmu akhirat, tetapi amazing juga dengan ilmu dunia. Subhanallah!  Segalanya atas kehendak Dia jua, datang dan kembali jua kepadaNya. Allah, tapi tahu tak apa rahsianya? Meh najwa share. haa, dia ni selalu berpuasa. Yes, that's one of the reason. Berpuasa itu kita tahu maksudnya, di mana menahan nafsu dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Kenapa berpuasa ya? Even dalam hadis pun ada menyuruh untuk berpuasa, jikalau tidak mampu untuk bernikah. Apakah istimewanya berpuasa?

haaa. kita berpuasa, bukan sebab takde makanan. bukan sebab makanan dicatu ke apa. dan bukan juga sebab nak diet itu semua, itu mungkin hanya asbab kecil seseorang untuk berpuasa, Wallhu'alam. Ya, kita berpuasa kerana 'lianna tattaquun', supaya kita bertaqwa. Bertaqwa? yee, bertaqwa :')

maksud asal berpuasa adalah menahan nafsu kann, jadi bila kita berpuasa, kita tak makan.. dimana akan menyebabkan nafsu kita jadi lemah, nafsu itu kalah dengan iman kita, in syaa Allah. kalaulah kita perasan, setiap kali kita berpuasa pasti kita akan jadi 'extra' baik kan kan? Heee, taktahulah kesahihannya, tapi memang bila najwa puasa rasa macam nak buat baik je haritu, rasa tenang je, bila baca Quran banyak-banyak pun rasa tak kering tekak. Subhanallah, indahnya bila berpuasa!


Sebab tu ada tulis ubat hati antaranya adalah dengan berpuasa. Sebab dengan berpuasa, dengan izin Allah nafsu tu akan lemah, lemah dan lemah dan akhirnya tertunduk jua dikalahkan oleh iman. Mungkin bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan puasa akan rasa macam berat je pada mulanya, tetapi.. bila ia dijadikan amalan kita, yakinlah, segalanya akan terasa indah. Sebab kebaikan itu indah, Islam itu indah bagi mereka yang benar-benar memahaminya. (Allah, moga kita faham Islam ituu)

Yang keduanya, adalah solat dhuha. Ya, itulah amalan kawan najwa ni. Setiap hari memang tak pernah tinggal solat dhuha, Subhanallah. apa ya kelebihan dhuha ni? Bismillah, moga Allah permudahkan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda: "sesiapa yang mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan"
Subhanallah! besarnya fadilat buat solat dhuha. Secara keseluruhannya, untuk dapat pahala sebenarnya senang sangat.. Allah dah banyak permudahkan, pelbagai cara dan jalan telah Allah hidangkan buat kita. Cuma sometimes kita sebagai manusia biasa terlupa dan terleka. Benarlah kata orang, iman kita ni turun-naik. ada masa iman kita boleh jadi nipis senipis kulit bawang, dan ada masa iman kita boleh jadi tebal setebalnya! Allah.. moga kita tetap istiqamah berubah dan berubah mencari Redha Allah hingga ke akhirnya. Allahumma amiin.