Owner
This is my journey from Allah to
Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build
up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put
all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I
be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might.
|
Ingin jadi mawar berduri, kenalah perbaiki diri :')
Tuesday, 26 March 2013 | 21:40 | 0COMMENTS
"Awas jangan mengorat, jika mahu dapatkan secara terhormat. Saya ada wali, saya mawar berduri." -Ustazah Fatimah Syarha ♥ Assalamualaikum mawar agama dan syabab agama! Allah, rasa bersemangat bila baca kata semangat dari teman. Subhanallah, tankiyuu. Semoga Allah merahmati awak sentiasa dan selamanya, AMIIN ;') Allah Allah Allah, permudahkan bagiku untuk berbicara ~ hmm. Banyak benda yang berlaku, yang tak pernah pun terlintas dalam kotak pemikiran ni. Terlalu tak sangka mungkin. Perasan tak, lately ni najwa sokmo bebel pasal cinta ye dop? kan kan? Hee. Mungkin ada yang rasa najwa gatal sangat nak bercinta takpun nak berkahwin. Maaf ye. Bukan tu yang najwa nak sampaikan sebenarnya.. its just, you know .. a share of opinion? heee. okay, biarlah najwa berterus terang ye. takmauu dah belit-belitkan lagi fikiranmu yang kusut! Bismillah, harapnya apa yang najwa nak sampaikan ni ada manfaatnya, in syaa Allah.. seperti semua orang tahu, sejahil mana pun seseorang itu, pasti pernah juga dia terlintas untuk menjadi baik kann? sebab itu lumrah manusia, memang sukakan kebaikan, dan begitu juga najwa. Alhamdulillah, hati ni masih mampu menerima kebenaran, segalanya atas kehendak Allah, Pencipta diri. Najwa berubah sikit-sikit dulu, start dengan pakaian. kemudian slowly najwa ubah cara najwa berhubung dengan kaum Adam, every words I say sebolehnya mahu gunakan ayat formal, dan najwa cuba elakkan berhubung dengan mereka. then, Allah permudahkan lagi urusan .. najwa bertemu dengan ramai sahabat-sahabat yang hebat lagi tinggi ilmu agamanya, guiding me to a right path, sebab najwa yakin, kawan itu memainkan peranan yang penting! it reflects on you. And as ummie said, 'Bacalah Quran walaupun hanya sepotong ayat', dengan izin Allah najwa masih lagi dalam progress untuk baca Quran setiap hari. Moga istiqamah. sebab Quran itu penyuci hati. dan Alhamdulillah, everyday is getting better and better semuanya atas kehendak Allah jua. Dan ustazah Fatimah Syarha banyak mendorong! Now, I'm glad that I can say NO to chat/msg/call without urgency to kaum Adam. Weee. seronok sangat. najwa tak nak berhubung dengan kaum Adam sebebasnya sebab najwa tahu benda ni semua taktik syaitan sebenarnya. Ia step-step yang akan membawa najwa jauh dan jauh dari Dia. I want freedom, nak kebebasan yang sebenar untuk utamakan cinta Dia melebihi segalanya instead of diri kena rantai untuk buat apa yang orang suka. "Hanya meletakkan Allah no.1 dalam hidup, kita bebas daripada segala bentuk penghambaan kecuali pada Allah yang Menciptakan. Ini makna kebebasan yang sebenar. Bukan dengan merantai diri kita dengan cinta makhluk, dengan seseorang individu hingga kita terkongkong tak boleh nak buat, tak boleh nak bebas buat apa yang Allah suka, tapi terpenjara kena buat apa yang si dia suka..." Ustazah Fatimah Syarha Maaflah, semua ni hanya pendapat najwa. yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari kesalahan najwa sendiri. tolong ye, najwa masih cetek ilmu, sudi-sudilah awak tegur jika salah. Assalamualaikum ~ |