al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
POST PANJANG: malaysia, saya datang!
Tuesday 26 February 2013 | 22:41 | 0COMMENTS

“ Ya Allah bukakanlah kepada kam hikmahMu dan limpahilah kami dengan khazanah rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .. “

Bismillah, Assalamualaikum peeps.
Lamanya tak update blog! Hehee, najwa balik malaysia laahh, for a week. Sebab tu laa dalam seminggu ni najwa tak update. Sibukkss. Mengalahkan PM gamaknya. Dalam post kali ni, najwa nak share my journey to Malaysia selama seminggu ni. Harap anda sudi membaca, menatap tulisan ini.

Flight ke malaysia mase tu pagi, dalam pukul 7 cenggitu. so means that kami kena pergi airport awal 3 jam, Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah, Cuma flight delay selama sejam jea, yang lain semuanya hanya mampu diucap kata syukur. Thanks Allah sebab jaga kami sepanjang di atas flight. Mase sampai tuu, dah tengahari. Atuk yang menjemput, then afterwards kami balik solat zuhur di rumah. Rumahhhh, ohh itulah tempat yang paling dirindui! Tapi segalanya tinggal kenangan, habuk menjadi perhiasan. Rumah tu sepi tanpa suara puteri-puteri yang selalunya membingitkan suasana, yang selalunya buat hati ini terseyum girang, yang selalunya menyembuhkan duka di hati. Everything is gone now. Andailah waktu itu dapat diputar balikk..

Najwa balik only with my mum and older sister. Kami bertiga jea, dan terasa sangat sunyinya. Memang, balik malaysia ni adalah suatu nikmat yang semua warga Perth nanti-nantikan. Siapalaa tak rindu negara sendiri? Tapi, nikmat itu terasa kureng gulanya. Sebab kami balik tak complete sebagai satu keluarga. Tapi, bersyukur lah kann, sekurangnya kami mampu nak balik ni. Allahh, thank you :)

“kenapa seminggu je?” itulah soalan yang kerap ditanya. Hehe. Najwa balik malaysia ni pun sebab nak hantar kakak balik Sarawak. Itu jeea, so tak perlu la kut nak balik lama-lama. Sebab abah pun sorang jea kat Perth ditemani 3 adik beradik di bawahku, heyy haru laa.

TAPI. (wahh capital tuu) malaysia dah tak macam dulu. Tak macam 3 tahun dulu. Semuanya dah berubah, semuanya dah lain. Ehehee, normal la kann dah berubah. Tapi hati ini sedih. Sedih tengok ummat yang semakin jauh dengan Pencipta, ummat yangg mengagung-agungkan hiburan, ummat yang tolak ketepi soal agama.. this is not what I expected to see from my country, where i was born. Tak! *hati menangis* tak mampu nak ucap melalui perkataan, tak tahu nak luah dengan cara. Oh Allah, najwa tahu Allah dengar luahan hati ni. Najwa tahu Allah Maha Melihat, Engkau sedang meyaksikan semua ni.. najwa tahuu.

Najwa rasa macam alien je. rasa macam tak belong dekat negara sendiri. Jujurnya rasa seolah pakaian najwa ni old fashioned, yang membuatkan orang lain pandang tak berkelip, seolah pandang macam najwa ni datang dari zaman lain. Pelikkah pakaianku ini? Hati itu tetap sabar. Allah suruh hati itu bersabar dalam bersabar. Pedulikan apa orang kata, pedulikan apa orang fikir. Yes, mungkin out-dated lah kann. Pakai tudung labuh with jubah, baju labuh semua tuu. Tapi ayat ini membuatkan najwa kembali tersenyum, mengubat hati yang duka..

“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”
(HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

Itulah sabda Rasulullah buat ummatnya yang terasa macam alien. Hehe. Subhanallah, biarkan kata orang, itu semua tak penting, keindahan itu akan datang, bersabarlah dalam bersabar. Allah ada. So awak-awak yang rasa sama macam najwa ni, kita bersabar sama-sama ye. Kita pakai pakaian untuk Allah lihat, bukan manusia kan kan. Allah akan melihat usaha kita itu, jadi yakinlah pada loveletter dari Allah itu yang menyuruh kita menutup aurat. Allah itu sifanya Maha Adil, ada hadiah istimewa buat awak semua wahai mawar-mawar agama, yakinlah ..

So nak dipendekkan cerita, kami banyak habiskan masa di mall untuk beli barang2 keperluan kat Perth nanti. Almaklumlah, barang sana mahal-mahal belaka. Hehe. So memang sibuk sangat-sangat, tak cukup tanah rasanya. Pergi bank, klinik, semuanya atas dasar urusan. Macam PM laa pulak gamaknyaa. Ehheee. Okayyy, najwa eksited nak bagitahu.. hehe. Najwa dah cabut gigi! Haha, pelik jea. Ape kehall laa kann. Haha. Maaf yaa. Kalau awak nak tahu, cabut gigi kat Perth mahal sangat-sangat, mencecah sampai ke beribu-ribu dollar. Kami tak mampu dan rasa macam tak rasional sangat harga cenggitu. haha, balik malaysia jelaa. So i’m ngongak seketika. Mwehehee.

On Saturday evening, family belah ummi ade laa buat makan-makan sikit sempena menyambut kedatangan orang jauh. Awww i’m touched okay. Hehe. Syukur Alhamdulillah, ukhwah itu dirapatkan kembali dengan kuasa-Nya. Sepupu-sepupu saya semuanyaa dah besar! Haha. Ofkoslah kan.. 3 tahun dulu mereka 2-3 tahun umurnyaa, kini dah besar, sebaya dengan umur adik najwa. Ehhee. Comeeinya lah korang. *missed you already* mula-mula semua malu-malu kucing. Haha, lantaklahh najwa terus tarik mereka letak atas riba najwa. Haha, interviewww mereka sorang-sorang, diiringi my personal assistant Cik Kamilah. Mwahaha. So at last, memang gelak sakan jelaa. Husna, Helmi, Adam, Farid, Jasmin, Alya... hehe. akak rindu korang lahh.

“kenapa takde gigi?” tanya Husna dengan muka curiousnya.
“hehe. Akak baru cabut gigi. Cer tengokk, comel tak?” lawak apekah ini? Haha. Merapu jea.
“Heheee.” Geli hati Husna dengar perkataan ‘comel’ tuu. Haha. Sememangnya bukan comel laa kann.

Najwa takde adik lelaki, tapi Helmi buat najwa rasa macam dia adik najwa jea. Hihhe. Pinjam jap ye Cik Shidah. Hehe. Tapi memang aaa. Lasak woo. Lasak, tapi manja. Alahaiii.. habis tudung jadi tak betul. Senget-benget jea. Alahh, laki kan..

Japp, nak reverse ke hari jumaat. Hehe. Hari itu sememangnya penghulu segala hari, hari yang penuh dengan barakah. Tapi hari itu juga adalah hari sedih buat najwa. Semua orang pun tahu hari tu kena solat Jumaat, tapi seolah macam semua tak kisah. Dekat kedai makan penuh jea kaum Adam sedang menjamu selera, begitu juga di mall. Tetap banyak bilangannya seolah hari itu bukan hari Jumaat. Hati hanya mampu berdoa, agar diberi hidayah Allah, sesungguhnya mereka tak tahu. Dear Kaum Adam yang terlibat, awak tak cool laa skip khutbah tuu. Sangat tak macho okay. Sedarlah khutbah itu part of the solat Jumaat. Kalau itu pun awak skip, you got nothing left, sama macam awak tak buat solat Jumaatt tahu? Kecewa tahuu. Ya Allah, najwa nak pasangan najwa nanti full ibadah Jumaatnya. Whoever he might be, please protect him. Amiin ~

Then, hari Ahad pagi najwa jumpa ngan kawan-kawan najwa kat IOI mall. Heehee. Maluu aa kite. Acecey. Dah lama sangat tak jumpa, sampai tebal sangat malu ni haa. Hoho. Apekah? Hehh, abaikan abaikan. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan najwa untuk bertemu dengan mereka. Walaupun tak ramai, tapi sekurangnya rindu di hati terubat. Anyway, Tiqah dah tinggi! Hahaa, tak acii maa.

Then esoknya najwa balik Perth, flight pukul 11.59 malam. Sampai je kat Perth, najwa dan ummi solat subuh dulu. Takutt aaa nanti terlepas subuh, so better solat awal-awal cos anything can happen. Biasanya benda-benda yang dibawak akan dicheck and ditapis, memang strictly checked laa. Tapi Alhamdulillah, pagi tu smooth je. no check-check. Hihhi. Sukaa jea

Lepas tu kami tunggu abah datang. So sementara tuhh ummi guna tenet kat situ, nak check maybank kut, and najwa men phone jea. Haha. Then ada sorang hamba Allah datang menuju tempat duduk najwa,

“emm. Boleh tolong jagakan barang sekejap tak?” tanya hamba Allah itu. Erkk. Cner tahu aku melayu aa? Haha. Okayy, yang tudung labuh tu bukan melayu ke cik kak? Haha. Blur satt.

“ohh. Emm. Boleh-boleh.” Jawabku. Kacauu aa tengah men phone.

Then tak lama tuu hamba Allah itu datang balik. “emm.. lama lagi tak kat sini? Sebab nak solat dulu..”

“in syaa Allah lama lagi.” Sian pulakk kenn. Rupanya dia nak solat. Subhanallah, mantapp. *info* kat airport perth tu ade bilik solat tauu. Hehe. Ohsemm!

Pastu umi datang duduk sebelah najwa. Najwa pun cerita laa apa yang dah berlaku tadi, mamat tu minta tolong jaga barang and all that. lepas tu dia pun datang balik. Thanks laa umi ade kat situ, mau mati kutu kut. Umi pun borak ngan dia. Hehe, walaupun mata pandang kat majalah solusi, tapi telinga masih mendengar. Haha. Rupanya hamba Allah ni study kat Adelaide. Sekarang ni tengah transit laa ni, next flight dia pukul 4 petang ohh, kena tunggu 10 jamm. Alamaak, kesian pulak. Then abah kol kata dah sampai. Hati najwa dan umi terasa berat ohh nak tinggalkan hamba Allah tu. Rasa tak sampai hati. Sebab dia kata asalnya nak jumpa kawan kat perth, tapi tetiba kawan dia tu balik malaysia. Tunggu 10 jam? Whatt. Lamenyaaa.

Sampai je kat abah, umi pun bercerita mngenai hamba Allah ituu. Alhamdulillah, abah izinkan dia tumpang kami sekali sementara nak tunggu next flight. Dalam kereta abah ngan dia berborak, telinga najwa pun curi mendengar. Ehh, bukan curi, memang terdengar laa. Barulah najwa dapat tahu, yang dia ni anak yatim, ayah meninggal masa form 2. Dia budak mechanical engineering kat University of Adelaide, and now he’s in his forth year, kira budak senior laa and aged 23.

Ape motif cerita pasal hamba Allah tu? Mungkin ada yang pikir najwa syok kat budak tuu, haha. Mane ada. Suka? Minat? Dua-dua bukan. Perkataan suka itu kuat maksudnya, dan najwa taknak guna perkataan itu. Tabik mungkin boleh laa. Anyway, najwa cuma rasa yang dia seorang yang kuat. Dia mungkin takkan ada kat sini kalau dia usaha bersungguh sungguh kann. Hehh, najwa tetiba rasa serba salah pada diri. Terasa yang najwa selama ni budak lembik, tak kuat nak hadapi ujian yang Allah bagi. Tengoklah, ayah dia meninggal waktu nak dekat PMR, memang ujian berat tapi dia berjaya jugak. Allah.. najwa rasa sebak jea. Mungkin pertemuan ini benar ada hikmahnya, Allah nak najwa tengok orang lain yang lebih susah hidupnya berbanding najwa. So, najwa bila dah masuk college nanti kena laa bersungguh-sungguh. Hwaiting! Allah :)