al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
jadi baik sebab nak dapat lelaki baik?
Tuesday 12 February 2013 | 22:04 | 6COMMENTS
Bismillah, Assalamualaikum back. Ehh, dah baca post lepas? hee, baru je tadi update, ni update lagi. Oh, ada sebabnya.. haa, cer baca tajuk tuhh. Hmm. Okay, tadi najwa post gambar yang najwa lukis tu kat Facebook, with the description dari Farah Lee tuu, then seorang hamba Allah comment:

Just nk tny...korang ni wat baik krn Allah s.w.t ke sbb nk lelaki yg baik ?
Hamba Allah
Eheem, najwa terasa dengan ayat tu. Maaf, mungkin awak tak tahu, or mungkin awak tak pernah rasa. Segalanya hanya najwa mampu assume. Maaf, rasa nak nangis pun ada, tapi najwa tetap akan cuba bersangka baik dengan awak, sesungguhnya Allah lebih Mengetahui kann.

Jujurnya, najwa dulu punn berubah nak jadi baik sebab kecewa bercinta monyet dengan hamba Allah, dengan insan yang dulu pernah penuhi ruang hati ini, pernah menjadi 'somebody' dalam hidup. tapi perintah Allah itu panduan hidup, signboard dan kaedah dari Pencipta kepada hamba-hamba-Nya yang jahil dan hina. Allah dan pesan, 'la taqrabu zina' dalam Quran, dan tika itu mata najwa buta, tak nampak cahaya, segalanya dihijab dengan cinta yang tak berlandaskan agama, cinta yang membawa diri lebih jauh dari Allah.

The result? haa, hati najwa jugak yang kena pijak, kena cucuk dengan jarum berkali-kali. Sebab apa? Sebab najwa endahkan apa yang Allah dah pesan. Okay, maluu sekejap. Najwa nak benci dia sampai mati, tapi tak mampu sebab Allah ciptakan manusia untuk berkasih-sayang bukan benci-membenci. Then, najwa nak berubah. Najwa yakin kalau berubah jadi solehah, dia yang soleh akan jadi jodoh najwa. dopp gituu? So awalnya, najwa berubah sebab nak dapat lelaki soleh. (jujur dari hati)

"Jangan harapkan lelaki yang soleh jika diri pun belum solehah"

Tapi, hidayah Allah tu luas. dan dengan izin Allah, hati dan diri semakin dekat dengan Allah. memanglah dulu cakap nak berubah kerana insan, tapi sekarang najwa dengan bangga cakap najwa berubah kerana Allah. harap awak faham. Hati itu Allah yang pegang, bukan manusia.

najwa bukanlah orang yang kuat beragama, bukan juga ustazah yang mahir dalam bab-bab agama, bukan seorang tabligh, tak lain tak bukan najwa hanya seorang manusia yang lemah, hina dan dhaif. najwa buat silap, najwa buat dosa.. najwa lahir bukan terus sempurna, najwa jugak bukanlah daripada keluarga yang mahir agama dalam Islam. najwa bukan anak ustaz mahupun ustazah. najwa anak umi dan abah yang berusaha mendidik puteri-puterinya menjadi serikandi Islam, menjadi mawar agama.

Tiada yang sempurna kann. jadi, najwa pun balas comment tu, dengan harapan dia faham.
maksud di sini bukanlah nak buat baik kerana seorang lelaki, tetapi nak pesan bahwa, perempuan, or anyone yang mnghrap sgt nk dpt lelaki soleh, kenalah jugak ubah diri mnjadi solehah. hidayah Allah tu luas, cre Allah nak bgi hidayah tu berlainan dan x sme dgn org lain. smua org dilahirkn bukan trus jadi baik, mgkin betul, ada juga yg brubah jdi baik sbb nk dpt lelaki yg baik, tpi prcayalah, sooner or later hati itu akan terbuka juga utk brubah krana Allah, permulaan tu mungkin berlainan, tapi in syaa Allah kesedaran tu akan terasa akhirnya. janganlah pandang serong org yang nak jadi baik sbb seseorang, kerana mungkin suatu hari nanti dialah yang pling ikhlas nk brubah krana Allah. *skadar pndapat..

tolong, jangan pernah menghukum orang-orang yang tengah nak berubah ni. Mungkin awak hebat, mungkin awak alim, dan mungkin ilmu awak tinggi dari kami, tapi Islam itu indah, awak tak layak nak menghukum. Itu kerja Allah. bahasa kasar kann, biarkan. ini amaran keras dari najwa.
*kesat airmata*

hmm. maaf. Assalamualaikum..