al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
'Fighting' is what I'm gonna do :D
Thursday 7 February 2013 | 20:04 | 0COMMENTS
“ Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniaknan-Nya) kepada kamu serta ingatlah perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya)” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. “
Ayat 7, surah al-Maaida

Bismillah, Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah, hari ni najwa masih hidup. Masih lagi mampu nak berdiri, berjalan, berlari. Masih lagi mampu nak bernafas dengan normal. Dan, masih lagi mampu berfikir menggunakan akal yang hebat ciptaan Dia.

Hari tuu, masa usrah, Cik Linda berkali-kali mengingatkan untuk rajin-rajin menyebut kalam-kalam Allah. Sebab itu semua mendatangkan pahala, walaupun hanya remeh di mata orang. Benda ini tak susah, in fact teramat mudah, hanya perlu menggerakkan bibir menyebut sepatah dua patah perkataan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Masya Allah, Lailahaillallah, Astaghfirullahal ‘azim, dan banyak lagi! Mudah kann, it takes only about 2 seconds or so. Allah Allah Allah!

Dulu diri itu dhaif, terlalu dhaif sampai tak nampak luasnya nikmat Allah, luasnya ciptaan Allah. But Australia changed me, Alhamdulillah. So najwa cuba praktikkan perkataan-perkataan ohsemm tu setiap hari. Cuba selitkan pada setiap kata, fikiran, or bisik hati. No harm untuk cuba kann. Bukanlah diri ini bagus, malah jauh dari ‘good’ pun. Najwa tengah berhijrah, dan nak awak-awak join najwa berrhijrah sama-sama. Redha Allah itu lebih penting dari benda lain.

Kebetulan hari tu najwa baru siapkan assignment. Bersyukur yang amat sebab kerja makan-tak-lalu tu dah berakhir juga.

“Alhamdulillah, habis jugakk.” Kataku pada diri sendiri. Adik bongsu 5 tahun ternampak. Pelik agaknya dengan perkataan yang baru didengar tu.

Dia bertanya, “Ati, apa yang ati cakap tu? Alamdullah?” berkerut dahinya cuba mengingati perkataan yang baru disebut tadi.

“ohh, Al-ham-du-lillah laa afi. Kita kan, kalau kita dapat something best, or kalau lepas makan delicious food ke, kita kena kata ‘Alhamdulillah’ tanda kita kata thank you kat Allah. Sebab ada orang lain, tak dapat apa yang kita dapat. Kadang tu, dia tak makan pun. Itu tanda kita bersyukur, sayang.” Balasku cuba mencari ayat untuk bagi dia faham.

“oh kalau kita makan yummy food ke?” tanyanya lagi.

“ha’ah. Kita ada rumah, kena cakap Alhamdulillah. Sebab orang lain ada yang takde rumah. Kita ada baju, ada katil, ada money.. haa semua kena cakap Alhamdulillah. Faham?”  dia angguk tanda faham. Alhamdulillah, hati tersenyum. Thanks Allah for helping me to put it in words that she can understand. Haih afi.

“afi, ikut ati cakap eh. ‘Al’”,
“Al”
“ham”
“ham”
“du”
“du”
“lillah”
“lillah”

Umi ngan abah selalu jugak balik lambat, sibuk. Kadang tu pukul 7 malam baru balik. Macam biasa, kerja memasak tu semua najwa laa yang kena take over. Najwa tak de laa pandai mana dalam memasak, tapi umi kata pandai masak tu ketepikan laa, kalau masak dengan kasih sayang, in syaa Allah makanan tu sedap.

One day, najwa masak nasi ayam. So, bila umi ngan abah balik, Alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal nak makan je. then of course, kain dibentang, lauk-pauk diletak atas kain, makan bersila dah jadi adat keluarga. Makan sambil tengok tivi. Ehhe, cool kann.

“Alhamdulillah! Sedap ati masak.” Afi hadiahkan senyuman manis buatku.
“ehh. Hehe. Alhamdulillah.” Jawabku malu-malu. Hehe. Subhanallah, cepat dia belajar. Syukur sangat.

“Berdakwah bermula dengan keluarga dahulu”

Yess, start with family. In syaa Allah, najwa akan usaha jugak demi membina keluarga sakinah.

“tapi ilmu tak banyak, cetek TT ~ TT”
“penattt, tak mampuu..”
Bla.. blaa. Blaa.

Haha. Najwa, takmau la fikir camtuh. Allah akan tolong awak. Allah akan tolong mereka yang berusaha. najwa nak berubah, masih dalam penghijrahan. Jauh sangat perjalanan nii, hopefully najwa tak terjatuh mahupun tergolekk, mahupun patah balik. Mohon jasa baik readers utk doakan najwa. Najwa perlukan
support dan doa yang banyak dari korang!

Says; ‘GOODBYE past, Alhamdulillah, saya belajar banyak benda :)