al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Takde tajuk, boleh tak?
Sunday, 13 January 2013 | 07:10 | 0COMMENTS

Dengan namaMu ku mulakan bicara ~
Assalamualaikum mawar mawar agama juga syabab syabab agama. Hari ni hari yang indah, Subhanallah.. untung kita masih dapat tengok ciptaan-ciptaan Allah yang indah indah belaka ni, Alhamdulillah. Kat aussie hari ni cuaca mendung aje. Memang seronok tahap kritikal lah bila dapat memanah dalam keadaan angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Ecewahh. Kau belajar mana karang ayat berbunga ni najwa? E’la kauu. Haha. Bace novel je laa. Mane ade subjek ‘bahasa melayu’ kat sekolah orang putih ni. Hailaa.

Walaupun cuaca OKAY sesangat... tapi tadi mase memanah teruk yang amat lah. Haduhh. Kecewa tahap maximum pakcik Azmi yang dari tadi cuba sabar dengan student rendah ni. Hehh, ambe la tuu.. buat tak tau pulak dia. Konon mase tournament menang, tapi hampehh. Erhh. Memang hari ni was not my best shot lah. Kenapa? Pressure laa. Dari awal sampai akhir .. ade je yang salah. Salah kedudukan tangan lah, salah angle lah.. aduhaai. Memang, najwa tak boleh nak buat kalau under pressure. Rasa nak give up je. abah ngan ilah pun perasan. Hari ni belajar banyak benda. Daripada kebiasaan jauh sebanyak 15 meter , dijauhkan lagi cukup 20 meter dari target. Daripada kebiasaan hanya menggunakan ordinary bow, ditambah pula ‘stabilizer’ untuk  lagi stabil dan kurang tekanan pada bow tu, dan daripada tangan yang kebiasaan menggenggam di tengah bow, diajar pula untuk tidak menggenggam bow tu and kena pakai benda alah ni kat jari (ibu jari dan telunjuk) semata untuk mengelak dari bow jatuh.

Okay. Mungkin macam gebang je bila kata ‘belajar banyak benda’. Hehh. Mungkin sikit  bagi pandangan orang lain. Tapi.. bagi najwa benda ni semua kena slow-slow nak pandai belajar. Tak boleh laa nak sedut semua sekali dalam satu nafas. Ohh, semput jadinya.. tapi .. takpelah.. demi Allah, najwa nak belajar memanah, demi Allah .. in sha Allah segalanya akan dipermudahkan jika ada usaha. Yakinlah najwa! Allah tak akan pernah memungkiri janjiNya. Yehh, put your trust in Allah ye najwa. Takkan pressure sikit cenggini awop nak putus ase?

“ ati nak belajar memanah sampai tahap mana? “ tanya abah mase dalam perjalanan nak balik rumah dari tempat memanah tu. “ hemm. Entah. Mungkin ... sampai peringkat daerah kut? “ jawab dengan nada yang gurau tapi memang itu yang najwa nak cuba dapatkan, jika Allah izinkan. Ohh dan mungkin, UITM tu nanti ade memanah. In sha Allah, najwa cadang nak masuk sana. But after amik 2 years diploma kat Aus, yehh segalanya berkemungkinan. Doakan najwa eh awop-awop semua. In sha Allah.

Ohh by the way, semalam abah amik anak kawan abah dari airport pukul 11.30 malam gitu. Kawan abah tu duk kat Brisbane, Australia. Tapi yang peliknya, anak pakcik tu dihantar ke Perth, Australia untuk masuk kat Canning College, nak buat WACE kata abah. Anak pakcik tu sebaya ngan najwa, dan seorang lelaki. Still, najwa pelik .. kenapa sampai hantar pergi perth? Sorang-sorang pulak tuu. Nape tak masuk kat Brisbane je? kan lagi dekat? Hekk. Itu bukan masala kau nak pening fikir la najwa oi. Hahaw. I’m just curious. Nak tanya abah kang nanti kompem abah fikir lain. Aduumak.

“ abah, anak kawan abah tu okay? Dia jenis budak yang huha huha ke budak skema? “ tanya ilah waktu breakfast pagi tadi. “ dia budak skema “ jawab abah slumber. Ohh really? “ yeke bah? Skema yang pakai butang sampai ke atas ke? “ tanya najwa nak kepastian. Haha, ape punya soklan ohh. Abah angguk jer. Dalam hati ni haa.. ‘Fuhh, syukur Alhamdulillah. Moga-moga dengan keskemaian dia tu, dia tak bergaul dengan orang yg salah. AMIIN’. Haha. Macam pelik je doa tu. Yelah. Ramai yang bila dilepaskan parents ke overseas sorang-sorang sudah majority berubah, bergaul dengan orang salah dan ada pula yang terikut-ikut budaya barat yang ntahape. Alhamdulillah, najwa pergi Australia dengan famili. Hihi. Syukurlah Allah masih lindung dan jaga najwa. Awop-awop yang bakal ke luar negara utk sambung belajar ni, hati-hati lah ea. Jangan mudah terpengaruh. Itu semua taktik syaitan yang nak menyesatkan anak Adam. (pesan buat diri ni jugak) hehe.

Tapi in sha Allah, rasanya budak tu okay je. pagi tadi abah kol nak tanya khabar, mase tu dia baru balik dari masjid. Subhanallah. Pastu, tadi mase abah gi solat ishak kat surau, pun nampak dia. Subhanallah, rasanya dia bergaul dengan orang yang baik. 

Okay. Dah tu je nak tulis. Assalamualaikum!