al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Sungguh Allah itu Maha Pemurah ...
Saturday 5 January 2013 | 08:48 | 0COMMENTS

Dengan namaMU ku mulakan bicara.
Assalamualaikum! Wahh semangat sungguh jari-jemari menari di atas keyboard.
Ohh memang, najwa selalu OVERexcited. Hihi.

Saje nak terus type dalam notebook, sebab takut lupa.
Tulaa, tadi mase usrah najwa tak bawak buku nota.
Haigoo, cari tak jumpa ohh.
Takpe-takpe, ade laa hikmahnya tu.

Post kali ni,
Najwa nak share sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi mse usrah tadi.
Sudilah bace tulisan kali ini.
Ianya mengenai salah satu sifat Allah;
>> Maha Pemurah <<
Mungkin benda ni dah ade yang tahu, tapi takpe. Just inform.
Walaupun kita dah tahu, kadang tu kita terlupa.
Sebab manusia ini sifatnya memang PELUPA.
Justeru, manusia itu perlu dingat-ingatkan selalu.
Itulah gunanya usrah, ceramah, tazkirah, khutbah dan sebagainya.

Macam jugak dengan citer hantu.
Kalau kita selalu tengok citer hantu.. agak-agaknya la kann...
Kita jadi penakut tak akhirnya nanti?
Jawapan = OFKOS
Heuheu. Begitu jugak dengan peringatan mengenai kiamat/ azab kubur.
In sha Allah, najwa yakin..
Kalau selalu sangat diberi peringatan mengenainya,
Sudah pasti kita akan takut!
Dan sudah tentu, kita akan cuba untuk menghindarinya,
Dengan melakukan pelbagai amal soleh.
Subhanallah, moga kita tergolong dari golongan yang Soleh.
AMIIN :D

Allah itu Maha Pemurah. Pemurah sangat-sangat.
Allah sudah beri BANYAK sangat kemudahan untuk hambaNya untuk mendapat PAHALA.
Senang sangat nak dapat pahala.
Kalau awak seorang yang istiqamah melakukan solat sunat dhuha kann..
Tetiba ditakdirkan Allah, awak jatuh sakit.
Awak tak mampu nak buat solat dhuha macam dulu lagi.
Tapi tapi.
Awak ni seorang yang ISTIQAMAH.
Solat dhuha itu sudah dikira sebagai amalan awak setiap hari.
Disebabkan sifat Allah yang Maha Pemurah,
Pahala solat dhuha itu tidak akan putus walau awak jatuh sakit,
Pahala itu akan BERJALAN seperti biasa.
Sebab ianya sudah dikira sebagai amalan awak.
Subhanallah.
Sayang sungguh Allah kat kita.

Jadi, nasihat buat diri.
Start doing something small but do it with ISTIQAMAH,
In sha Allah .. ia akan jadi amalan harian kita.
Subhanallah Subhanallah!
Najwa tetiba rase teruja bercampur terharu.
Ohh Allah. You have given me so many things in this world.
And yet, i forgot how to appreciate.


Ya Allah.
Jadikanlah mata hatiku dapat memandang
CINTA dan KURNIAAN-MU setiap masa.
Jadikanlah diriku dapat membalas cintaMu setiap saat.
Jadikanlah diriku sentiasa faqir kapadaMu dalam setiap langkahku.
Jadikanlah diriku tiada berpaling ke belakang,
Dalam mencapai cinta sejati.
Pada ar-RahmanMu,
Aku hilangkan bayang segala yang terdinding