al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Setiap dugaan itu akan hadirnya kemudahan, biiznillah
Sunday 20 January 2013 | 20:17 | 0COMMENTS
Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
 Alhamdulillah, aku masih bernafas di atas muka bumi ni. Sedar tak sedar, usia pun dah hampir mencecah 18 tahun. Tuanya diri.. apa khabar pula imanku? Meningkatkah? Atau .. berkurangkah? Ya Allah, moganya dengan pertambahan usiaku ini seiring dengan peningkatan imanku, biiznillah. Dulu waktu kecik, selalu berangan nak menulis dengan gaya bahasa sendiri.. teringin nak hasilkan buku sendiri dengan nama megah terpampang di atas ‘cover’ buku. Itu dulu laa. Sekarang semua ayat baku tu bukan lagi dalam genggaman. Terlalu banyak ayat sastera yang sudah melayang pergi. Yehh, aku dah tak pandai berkata-kata.

Tengok post kat bawah tuu, kemain lagi ayatnya. Hebat sangatkah najwa? Tak baik betul.. mungkin anda insan-insan yang terguris dan terasa. Asif jiddan. Tak berniat nak perli sesiapa. Itu hanya luahan sepi dari seorang hamba dan khalifah yang tengah lelah bernafas, mencari nur Allah. Memang berjihad itu bukan sesuatu yang senang.. especially bila insan itu pernah dulu ‘lost’ dalam dunia Allah. Kerana mata hatinya buta, tak nampak nur Allah yang berlegar-legar di udara. Umpama kasut yang putih terkena lumpur.. susah sangat nak hilangkan kotoran itu, mungkin pelbagai sabun habis direndam.. tapi kesan ‘kotoran’ itu tak mungkin akan hilang. Begitu juga hati. Untuk ‘purify’ hati itu perlukan usaha dan pengorbanan yang besar.. and it takes times..

Nurul Atiqah binti Zulkifli, kawanku sejak darjah satu. Dah lama aku tak tatap nama penuh kau.. dah nak masuk 3 tahun tak bersua. Kau semakin hebat, Subhanallah. Aku je.. yang masih merangkak lagi. Dulu kita selalu melukis dalam kelas sama-sama saje isi mase lapang. Kau ingat lagi? Lukisan kau mantap tahap pelukis terkenal! Aku selalu envy kat kau. Eloklah satu set.. pandai dan kreatif. Berkat doa mak kau tiap-tiap hari. Kau ape cerita? Masih berjuang dalam melukis? Kalau kau tanya aku.. berjuang tu takdelah sangat. Cuma sekarang ni melukis itu dikira tempat untuk aku luahhkan segala perasaan yang terpendam. Aku dah lame tak lukis anime macam dulu-dulu. Sekarang aku lukis atas canvas, portrait dua dimensi. Macam-macam aku lukis.. daripada human figure sampailah kepada nature. Minat? Career? Entah. Career tu bukan kut, minat tu mungkin close enough la.

ni tiqah yang lukis. lawa kan kan? 

Kau tahu tak.. aku terharu sampai rasa nak pengsan bila kau post gambar lukisan kau kat wall Facebook aku tu. Kau buat aku jadi lebih bersemangat nak berjuang, Subhanallah.. jazakillahu khaira. Yes, aku memang nak jadi niqabis suatu hari nanti, walau aku tiada rupa secantik mereka yang berpurdah. Macam kelakar je kan? Dulu aku budak ntahape tetiba nak berubah ala-ala gaya ustazah. Mimpi ke hape? Haha. Bukan mimpi. Tapi itu takdir hidup aku kut? Apa-apa pun, aku bersyukur.. sebab Allah kembalikan aku berpijak di atas alam yang nyata! Kalau bukan kuasa Dia, aku mungkin akan bertambah jahil dah sekarang ni. Berkat jugak doa dari insan yang tersayang, subhanallah..

hey, muka tak matang kan? we were 14. ^^

Tiqah, post ni.. aku tulis khas untuk kau. Aku nak kau tahu yang aku sangat-sangat happy, in fact dah overdose kut. Memang waktu sekarang ni laa aku rasa macam nak jatuh. Aku rasa macam nak terbang tinggi.. tengok apa je semua makhluk Allah tengah buat. Nak terbang tinggi.. nak cari kasih Allah. Tapi kau dah berjaya tarik aku balik untuk kembali berjuang di alam yang realiti, bukan fantasi. Cita-cita untuk menjadi niqabis itu takkan tercapai kalau tiada usaha kan? Aku.. sebenarnya takut. Takut nak hadapi semua orang kat Malaysia. Even hari tu aku balik Malaysia tahun lepas.. ade je mulut-mulut yang berkata. Kadang tu rasa dah tak larat nak sedut semua tu dalam satu nafas. Boleh masuk wad sakit jiwa kut. Aku tak kesah sangat kalau orang luar.. tapi.. ni dari family aku sendiri. Makcik aku duluu tanya mak aku macam orang baru lepas nampak alien je. Mata tak berkelip, mungkin terkejut sebab aku balik terus betudung litup macam stok mak aji.



‘ati tuu.. memang pakai tudung tu eh?’. Hehh. Pedihkan? Entah. Mungkin sebab aku sorang je yang bertudung labuh dalam keluarga aku.. kut? Ade pula tu cousin aku tak habis-habis panggil aku ‘ustazah’. Kadang tu pun aku dah naik meluat. Terpaksa jugak bagi senyuman plastik sepuluh sen. Mahu je aku bagi backhand. Tapi, bila fikir balik.. dia tu tiada salahnya. Malah, dia mulia sebab mendoakan kebaikan untuk aku. Itu kat Malaysia.. kalau kat Australia ni.. lagi parah. It’s hurt to be true. Orang duk pandang kita macam tengok hape je. macamlah aku tak pakai baju ke ape. Kalau pergi kedai.. orang tu akan pandang curiga, mungkin aku sorok barang dia bawah tudung. Haritu, lepas habis bayar. Aku pergi pintu keluar market tu. Kat depan pintu tu dia tahan aku. Dia nak check beg aku smua. Herhh. Macam laa aku nak curi.

Dan .. di bumi barat ni.. orang pandang aku ni macam orang asing. Ade jugak yang tersenyum sinis. Yelah, pergi pantai tutup penuh nampak muka ngan tangan je.. mahu tak digelaknya? Rasa geram jugak. Ape.. kalau aku bertudung labuh ni tak boleh pergi pantai? Ade pula tu yang menjerit kata ntahape dari tingkap kereta. Selalu je.. mostly bila aku tengah tunggu kat bus stop sorang-sorang. Benda ni dah jadi perkara biasa. Mula-mula kena tu.. rasa macam nak nangis je. tapi alah bisa tegal biasa kan? Kadang tu.. bila aku lalu kat depan omputih ni.. ade je dengar diorang ketawakan aku. Memang rasa isolated betul laa. I don’t feel belong to this world. Tu baru students. Kalau kena dengan cikgu memang dahsyat laa. Mase first year aku kat sini, cikgu english aku selalu mempersoalkan perkara-perkara mengenai islam. Dia tak puas hati dengan cara kita sembelih haiwan, dia tak puas hati dengan hukum wudud yang masih berlaku di negara Islam yang lain..dan banyak lagi laa.. dan paling sedih..  bila time ade test je.. aku selalu dapat markah rendah, selalu je kadang tu dimalukan di depan kelas. Rasa macam budak bodoh je. ditengking, diperli .. semuanya ada.

Aku menangis mata air darah sekalipun.. aku tak boleh nak buat apa. Ini agama aku, ini cara hidup aku dan ini adalah perintah dari Allah. Takkan ada dugaan yang senang kalau ganjarannya syurga, kan? Alhamdulillah.. dalam diam Allah sebenarnya mengajar aku menjadi Muslim bukan hanya diatas kad pengenalan.. tapi Muslim secara keseluruhan! Allah nak aku faham more about Islam, bukan sekadar ikut-ikut orang je. Allah nak luaskan lagi pemahaman aku tentang Islam dan Allah nak aku buka mata hati aku.. Tiqah, thanks for everything. Lampu semangat dah terang menyala kat dalam diri ni haa. May Allah bless you!

Kalam ini diluahkan, bukan untuk mengutuk.. membenci itu pun bukan juga. Tulisan ini tak lain hanyalah untuk memberitahu mengenai kehidupan di bumi selain Malaysia. Kadang tu, berada di bumi orang lebih banyak mengajar diri berbanding berjuang di negara sendiri. Hidayah itu milik Allah, kepada sesiapa sahaja berhak Dia beri hidayah itu. Tapi hidayah itu juga limited; tak semua orang akan terima hidayahNya. Bersyukurlah, diri sudah diberi hidayah. Mendapat hidayah itu mungkin senang, tapi untuk mengekalkan hidayah itu mungkin berbeza ceritanya. Ya Allah, janganlah kau tarik hidayah ini setelah Kau bagi kepada kami .. Dugaanku ini mungkin sedikit, malah mungkin hanya sebesar zarrah sahaja berbanding dengan mereka yang lebih dahsyat diuji, yang terpaksa bertarung nyawa menegakkan Islam. Yes, dugaanku ini amatlah sedikit. Wahai pejuang-pejuang Islam .. dugaan itu bertandang untuk menguji tahap keimanan, menguji kualiti diri dalam berjihad. Mungkin ada yang rebah, mungkin ada juga yang masih berdiri di atas kaki sendiri. Biar susah kita diuji agar kita tahu betapa sukarnya kehidupan ini.. agar kita tahu bahwa hidup ini hanyalah persinggahan yang sementara. Dugaan itu tak kekal. Kesenangan itu jugan tak kekal. Allah telah pun berjanji di dalam Surah al-Inshirah;


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
  Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Allah sentiasa bersamaku, yakinlah!