al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Menutup aurat, bukan membalut aurat ye ^^
Thursday 17 January 2013 | 07:56 | 0COMMENTS

Dengan namaMu ku mulakan bicara.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
“Wanita itu indah dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. “

 Pernah dengar tak pujian-pujian yang sebegini rupa?;
‘ehh, lawa gila ohh akk tuh’
‘fewwwit. Cun habis! Boleh kenal?’
‘hesh, sape tu weh? Cantiknya!’

Subhanallah, segala pujian itu haruslah dikembalikan,
Kepada Dia yang lebih layak menerimanya.

Mesti pernah dengar kan? Mungkin juga ramai yang pernah dilontarkan pujian yang macam ni.
Oh heaven lah kann. Orang duk puji kita. Hambohh. Suka ka?
Ehh, tapi kenalah ingat.
Cantik itu fitrah. Tapi AWAS, kerana ianya boleh jadi fitnah..
Astaghfirullah .. muhasabah diri.

Thanks to Allah.
Terima kasih sangat-sangat sebab kurniakan rupa najwa yang sederhana.
Alhamdulillah, cukup segala sifat.
Memang tak lawa seperti mereka selebriti-selebriti terkenal.
tapi perlu ada rasa syukur itu,
sekurangnya awop cukup sifat. Sebab ramai lagi di luar sana,
yang kurang sifatnya.
Ada yang buta.
Ada yang pekak.
Ada yang bisu.
Ada yang sumbing.
Dan sebagainya. Awop, jomlah kita ucap kata-kata pujian padaNya.
Sebab kita masih diberi pinjam nikmat itu.

Tapi.. ada juga kata-kata yang berbentuk kecewa..
‘haihh. Aku tak lawa macam dia. Muka aku berjerawat.’
‘teringin ohh aku nak jadi cantik. Mesti ramai orang suka!’
‘untunglah kau lawa. Hidung aku kemek macam senduk. Mana ade orang nakk..’
Hailaa. Kenapa begitu?
Cantik itu tak kemana. Cantik itu tak bermakna ..
Jika akhlak muslimah itu tiada.
Jika tidak tahu berterimakasih kepada Pencipta.

Ustazah Fatimah Syarha pernah berkata in one of her lectures;
“Berpakaianlah mengikut syariat dan jangan pula berpakaian mengikut arus.”
(lebih kurang cenggitu ayatnya)
Apa bezanya syariat dengan arus tuh?
Its simple. Kalau kita berpakaian mengikut apa yang dituntut dalam islam,
Bahagialah kita. Kita berpakaian, semata untuk menutup aurat.
Bukan untuk dibangga.
Bukan untuk dipuja.
Its for Allah only.
So, bila dibuat kerana Allah.. segala kata orang ditolak ketepi.
Biarpun out-dated sekalipun,
Tetap .. jika ia mulia di pandangan Allah,
Nothing else matters.
Yang nak nilainya Allah, bukan orang sekeliling.
Pakai baju tahun 90-an pun tak kesah.
Baju yang tak trendy pun tak dihiraukan.
Sebab ape?
Sebab si pemakai memakai pakaian yang menutup aurat,
Kerana dia tahu mengapa dan kenapa aurat itu perlu ditutup.
Dia faham. Dia tahu.

Macam mana pulak dengan orang yang berpakaian mengikut arus?
Dop selamatlah gini.
Sebab po?
Sebab kita akan selalu rasa insecure dengan orang sekeliling.
‘eh okay ke baju aku ni?’
‘nampak cun tak? Kurus tak?’
Niat kita menutup aurat dah melelong tak tentu arah.
Kita berpakaian, bukan untuk Allah lihat. Tapi orang sekeliling lihat.
Ehh. Best ke cenggitu? tak penat ke?
I mean.. kena selalu up-to-date je. kenapa tak jadi diri sendiri?
Nape tak jadi seperti apa yang dituntut dalam Islam?
Percayalah, berpakaian mengikut syariat itu lebih mulia, lebih tinggi darjatnya.

Kita kata kita tutup aurat..
Tapi pastikah kita dengan pakaian kita tu takkan timbulnya fitnah?
Pastikah ianya benar-benar memenuhi syarat ‘menutup aurat’?
Alhamdulillah. Saya bangga dengan awak yang dah sempurna. Subhanallah.
Saya pun manusia. Kadang tu niat pun melelong.
Saya sedar, saya pun kadang tu terlupa kewajipan sendiri sebagai seorang muslim.
Tapi saya yakin. Allah itu Maha Penyantun.
Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Allah sayangkan hambaNya yang nak berubah..
Yang nak jadi baik..
Semata kerana Dia.
Subhanallah. Najwa nak pakai ikut syariat.
Jom jom. Pahala tauu.
Kalau kita pakai ikut syariat, then orang lain ternampak,
Lalu rasa insaf ..
Subhanallah! Pahala berganda!


Biar diri digelar ‘kemah bergerak’
Biar diri digelar ‘out-dated’
Biar diri digelar ‘budak kampung’
Biarkanlah.
Siapa mereka untuk menghukum?
Kita tutup aurat, bukan balut aurat. Kan?
Peduli kata orang.
Kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang benar.
Subhanallah, Alhamdulillah ^-^ 
“ Bila Allah itu dijadikan no.1 dalam hidup, in sha Allah .. hidup itu lebih bermakna “