al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Hati itu mula berbicara
Sunday, 6 January 2013 | 00:38 | 0COMMENTS
Assalamualaikum earthlings. 
Tadi hati najwa sakit,
kena panahan 'shock' yang besar.
Hati najwa jadi kaku.
Berhenti berfungsi buat beberapa saat.
beberapa minit.
dup-dap-dup-dap..
Alhamdulillah. kembali berfungsi.
oh hati, kenapa dengan keadaanmu?
suara hati kedengaran berbicara sendiri..

 apabila hatimu duka.
apa yang kau buat?
apabila hatimu tercalar.
apa yang kau buat? ,
bisik hati najwa dalam kekeliruan.

that's easy. if your heart torn apart..
take wudhu' and read Quran.
confess to Allah everything. let Him know EVERYTHING.
bisik suatu suara memberi jawapan.

suara hati kembali bertanya.
what if someone HATE you? what you DO?

diam. sepi.
Tiada kata-kata.
oh jawapan ini masih belum diketemui.
bagaimana? bagaimana?
hati mendesak inginkan jawapan yang segera.

hati kembali tenang. cuba menggunakan logik akal.
suara hati masih terngiang .. 'hate .. someone?'
oh, hati tetiba cramp. tak mampu bergerak.

satu suara lembut berbisik..
wahai hati .. kenapa perlu bersedih jikalau ada yang membencimu?
lihatlah dunia ini.. luas, seluas CINTA Allah terhadap makhluk-makhlukNya.
kenapa perlu kisah jika ada yang membenci?

lupakah kamu wahai hati?
lupakah kamu untuk apa kamu diciptakan?

'ya.. kini saya sedar..' balas suara hati dengan nada yang perlahan.
hati kembali sedar. kembali berfungsi seperti biasa.
oh, hati terlupa.

hati terlupa bahwa hati diciptakan Allah bukan untuk terus rebah.
bukan untuk terus mati apabila ditimpa musibah.

wahai hamba Allah!
wahai khalifah Allah!
bangun! bangun!
inikah yang dikatakanmu sebagai JIHAD?
bangunlah dari alam fantasimu..
sediakanlah senjata dalam medan peperangan ini.
ingat, kamu sedang berperang!
laungkanlah takbir! laungkanlah sekuat hatimu..
agar kau tahu.
agar kau sedar.
bahwa hidup ini tak semuanya indah.
hidup ini semata hanyalah suatu persinggahan.
persinggahan yang SEMENTARA.

biar ada yang membenci.
jangan pula Dia yang membenci.
ingatlah, ingatlah!
dugaan itu hanya sementara.
lambat laun ia akan lesap jua ditiup angin Allah.
ingatlah.
Allah sedang mentarbiah dirimu.
Allah sedang memerhatikanmu.
Allah sedang berbicara denganmu!

hati tersentak.
hati terpaku.
tanpa disedari manik-manik jernih mula membasahi hati.
oh Allah. maafkanlah segala khilaf.
maafkan segala kelemahan.
aku lupa aku adaMU. 

Alhamdulillah, hati itu kembali pulih.
terima kasih ya Allah. 
moga-moga, hati itu akan kuat.
moga hati itu tidak lagi rebah ke lantai.
moga hati itu juga ISTIQAMAH dalam mengharap KEREDHAAN-MU .
Amiin ^-^