al-Haura' Maqsurah.
Owner

This is my journey from Allah to Allah. Walking with all I might, searching for the one and truly light. Build up the cracked hopes. Repair the broken hearts. Take some and throw some. Put all the pieces back. This is part of the life. Through ups and downs, shall I be tough. I will fight with all my heart. I will try with all I might. 



Older Post | Newer Post
Dua Disember
Wednesday 5 December 2012 | 20:52 | 0COMMENTS
Salam ceria dari tuan rumah, Assalamualaikum :D
kenapa dengan "Dua disember" itu?

meh najwa nak citer.
tarikh ini adalah tarikh paling istimewa dalam dunia! tarikh kelahiran abah najwa, subhanallah. sudah 43 tahun abah najwa menjalankan tugas beliau sebagai seorang khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

orang, kalau hari lahir dia mestilah happy kan? tapi lain pula ceritanya bagi abah najwa. pada tarikh 2 Disember 2009 adalah tarikh malaikat Isra'il datang menjemput nenek najwa ke rahmatullah yakni ibu kepada abah najwa. najwa panggil beliau tokmi ..

yang paling sedih, masa tokmi meninggal dunia, abah takde kat sisi tokmi untuk melafazkan kalimah-kalimah Allah.. sebab mase tu abah pergi haji. syahdu sangat malam tu. najwa ingat lagi, benda ni berlaku selepas maghrib.. mase tu memang tokmi dah nazak. semua orang hanya mampu bersabar dan kuatkan diri untuk terima kenyataan kelak. di akhir pernafasan tokmi, abah call dari Mekah.. suara abah bergetar tanda kesedihan seorang anak. ya Allah.. sayunya hati. disebabkan abah tak mampu nak balik, abah tinggalkan hajat bagi kami puteri-puteri abah untuk mandikan jenazah tokmi.

itulah sejarah tarikh itu dalam buku kehidupan najwa, juga abah. sampai sekarang, bila birthday abah.. abah tak nak celebrate. sebab ianya juga adalah tarikh pemergian tokmi.

bila kenangkan balik kisah abah, najwa rasa sedih sangat. abah ni dikira manja dengan tokmi ngan tokmat, yelah, abah anak bongsu dari 6 orang adik beradik. dan di hari pemergian kedua orang tua abah, abah takde di saat-saat terahir mereka. tokmat kembali ke rahmatullah pada tahun 2008 setahun sebelum pemergian tokmi. kini, abah dah jadi yatim piatu.

dulu, waktu raya.. meriah sangat. semua orang berkumpul memeriahkan lagi suasana. tapi, selepas ketiadaan dua insan yang tersayang, semuanya dah berubah. raya kini jadi semakin syahdu. selepas je tokmi meninggal dunia, kami sekeluarga belum pernah lagi beraya di Malaysia sebanyak 3 kali raya; 2010, 2011 dan 2012. tapi insyaAllah tahun 2013 kami akan balik beraya di Malaysia .

oh najwa. tengoklah hidupmu, ujian sedikit pun dah rebah, tengoklah abahmu.. ujian yang berat masih mampu lagi ditelan malah berdiri gagah menjalani hidup dengan penuh kesabaran.

" you won't appreciate something till you see someone that is less fortunate than yourself "
bersyukur dengan apa yang ada, rahmat Allah itu melangit luas!